Deco Rumah Kosong 900 Sqft Dengan Konsep Earthly Color

27,528 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Membeli rumah baru yang kosong tanpa perabot memang agak mencabar untuk pemilik rumah dalam mengubahsuai dan mendekorasikan kawasan dalaman rumah.

Hal ini kerana, ia perlu difikirkan dari pelbagai sudut dan aspek apabila mahu mengubahsuai rumah kosong seperti ini. Aspek utama yang perlu difikirkan terlebih dahulu adalah mengenai pembelian perabot, susun perabot, pemilihan langsir dan konsep dekorasi yang sesuai dengan bajet.

Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang menggunakan nama samaran iaitu WeekendBaker. Beliau telah melakukan ubahsuai dan deco rumah kosong berkeluasan 900 sqft dengan konsep yang cukup menarik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.

Deco Rumah Kosong 900sqft Kepada Gaya Baru

Asslamualaikum.

Saya kongsikan gambar dari kosong sampai siap berperabot. Saya gemarkan earthy colour sebab warm dan cozy. Inilah dia home sweet home saya.

Semoga perkongsian ini bermanafaat.

Keadaan rumah sebelum diubahsuai. Rumah ini jenis town house tingkat atas end lot.

Deco Rumah Kosong
Deco Rumah Kosong
Deco Rumah Kosong
Deco Rumah Kosong
Deco Rumah Kosong

Ini adalah ketika proses ubahsuai sedang dijalankan. Sebaik saja beli umah ini tahun lepas, sementara tunggu siap, beliau sudah beli sikit-sikit deco yang kecil-kecil terlebih dahulu.

Deco Rumah Kosong
Deco Rumah Kosong

Alhamdulillah, beliau sangat menyukainya sebab banyak penggunaan natural light. Saiz rumah ini sangat kecil seluasan 900 sqft lebih kurang dan memiliki 3 bilik tidur.

Perabot majority dari SSF dan beliau lebih memilih tunggu sale baru beli. Macam meja bar stool tinggi itu hanya Rm399 dengan dua kerusi.

Semua perancangan deko dan pemasangan lantai vinyl dibuat bersama keluarga. Beliau hanya sempat buat hujung minggu sahaja.

deco ruang tamu
deco ruang tamu
deco ruang tamu
deco ruang tamu
deco ruang tamu

Keadaan bilik semasa dalam proses penambahbaikan. Tidak ada major renovation, beliau cuma siapkan dan deco seadanya semampu mengikut bajet.

deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur

Keadaan bilik tidur setelah selesai diubahsuai dan didekorasikan dengan gaya baru.

deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur
deco bilik tidur

Bahagian ruang makan setelah diubahsuai.

deco ruang makan
deco ruang makan

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco.

Semoga bermanfaat

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down