Tinggal di rumah sewa memang agak mencabar jika mahu lakukan dekorasi. Faktor utama ramai yang tidak berani untuk hasilkan dekorasi adalah disebabkan oleh pemilik rumah tersebut tidak membenarkan kita untuk melakukan perubahan terhadap rumah tersebut.
Namun, Jika dapat seorang pemilik rumah yang tidak kisah tertang perkarang tersebut, ianya sangat beruntung.
Norhaimi Said merupakan salah seorang yang cukup beruntung kerana dibenarkan oleh pemilik rumah tersebut untuk mencantikkan rumah sewa lamanya itu. Beliau telah berjaya menghasilkan satu konsep deco yang cukup luar biasa tanpa mengeluarkan bajet untuk beli barangan dan perabot baru. Tetapi ianya sudah cukup mampu mencantikkan rumah sewa lama itu.
Untuk melihat hasil ubahsuai menarik yang dihasilkan ini, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Deco-deco rumah sewa di kampung guna barangan apa yang ada, Tak ada beli pun kecuali cat dan kain.
Jimat bajet yang penting nampak lain sikit, saya tak pandai sangat.
Pandangan dari luar rumah sewa tersebut.
Keadaan rumah sewa ini ketika beliau baru berpindah dahulu, beliau hanya sempat pasang tikar getah sahaja ketika itu.
Dinding dahulu warna hitam, sebelum ditukar kepada warna lain.
Bahagian langsir rumah sewa ini sebelum diganti baru. Penyewa lama tinggalkan langsir ini.
Warna kerusi pada asalnya. Kerusi ini milik tuan rumah.
Ini pula adalah bahagian bawah rumah, perabot belum dicat lagi, bunga pun senget.
Ini semua adalah hasil dari hadiah-hadiah dari kawan beliau. Jadi, beliau simpan di sini.
Kerusi setelah dicat baru, sarung kusyen beli kain dan jahit jelujur sahaja.
Langsir pun guna kain murah sahaja.
Tiang seri beliau kekalkan warna asal.
Almari yang sudah tidak boleh ditutup dan berkulat. Kemudian, beliau cat semula dan boleh guna balik.
Meja sekolah yang sudah rosak juga beliau cat semula.
Menarik juga hasil ubahsuai yang dilakukan oleh penyewa ini terhadap rumah lama yang di diaminya itu. Jadi, rasanya setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini.
Semoga dapat memberi inspirasi buat semua pembaca diluar sana.