Dekorasi Pagar Beranda Diperbuat Daripada Kayu Borneo Ironwood

3,162 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda peminat beranda jenis kayu atau besi? Jika anda peminat beranda kayu maka anda sudah semestinya kenal akan beranda kayu yang diperbuat daripada kayu borneo ironwood ini.

Tidak semua rumah yang mampu boleh gunakan kayu borneo ini. Hanya beberapa rumah tertentu sahaja yang boleh macam rumah milik Atama Aaeman ini. Beliau menunjukkan dekorasi rumah beliau pada bahagian luar rumah yang menggunakan beranda kayu borneo ironwood ini. Jom kita lihat deko rumah yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini.

Sebuah Dekorasi Pagar Beranda Yang Cantik Diperbuat Daripada Kayu Borneo Ironwood

Dari tiang elektrik menjadi karya seni warisan alam. Deko luar rumah DIY.

Salam sehobi .Ramai kongsi tentang pagar rumah. Saya tumpang kongsi pagar beranda (deck railings) DIY di rumah sendiri. Bahan utama pembinaan ialah kayu belian atau Bornean ironwood (Eusideroxylon zwageri) sebagai alternatif penggunaan besi tahan karat (stainless steel) yang banyak digunakan. Untuk projek ini, saya gunakan kayu belian terpakai yang telah digunakan sebagai tiang elektrik.

Kayu belian diiktiraf sebagai kayu tropika yang paling keras dan paling tahan di dunia. Mampu bertahan beratus tahun dalam semua keadaan cuaca. Kayu eksotik ini hanya terdapat di Pulau Borneo dan Sarawak adalah yang paling banyak masih menyimpan khazanah ini. Sebagai kayu warisan negeri, Sarawak mengharamkan eksport kayu ini keluar. Rumah kampung di tepi pantai seperti rumah saya ini paling sesuai jika menggunakan bahan kayu belian.

Keluli tahan karat jenis terbaik sekalipun lama kelamaan akan berkarat dan terkakis kerana garam dan kelembapan dalam udara. Pengalaman membina pagar balkoni menggunakan kayu belian ini cukup bermakna, umpama menghasilkan sebuah karya seni yang kaya dengan warisan alam semulajadi dan keunikan Pulau Borneo amnya dan Sarawak khasnya.

Dekorasi Cantik Pagar Beranda Daripada Kayu Borneo Ironwood

Menurut pemuda ini, kayu jenis ini boleh diperoleh daripada tukang kayu atau kontraktor. Tambah beliau lagi, harganya juga adalah lebih murah berbanding dibeli online.

Tiang berbentuk kotak ini dihasilkan sendiri oleh beliau dengan menggunakan jubin bersaiz 2" x 1". Menurut beliau kaedah yang digunakan untuk menghasilkan tiang berbentuk kotak ini adalah 'simple' sahaja. Hanya perlu menampal jubin-jubin yang telah dipotong pada tiang simen.

Gambar-Gambar Dekorasi Pagar Beranda Yang Cantik Dikongsikan

Anggaran kos yang digunakan oleh pemuda ini dalam menyiapkan pagar beranda adalah RM 3000 tidak termasuk kos mengetam dan memotong kayu

Cantik sungguh kan pagar beranda di laman rumah pemuda ini. Idea ini boleh dijadikan inspirasi dekorasi laman rumah anda! Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan ya.

Kredit : Atama Aaeman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down