Deco Rumah Sewa Simple Guna Barang Shopee

2,526 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah sewa adalah rumah yang sangat jarang penghuni melakukan dekorasi dan ubahsuai rumah kediaman secara besar-besaran. Hal ini kerana, untuk melakukan dekorasi rumah sewa memerlukan kebenaran dari pemilik asal rumah.

Kadangkala, ada sesetengah pemilik tidak membenarkan penyewa untuk lakukan ubahsuai pada rumah tersebut. Jika anda dapat rumah yang pemilik rumah asalnya itu membenarkan anda membuat apa sahaja, anda memang sangat beruntung.

Perkongsian pada kali ini adalah dari Amira Izzati AliMuslim. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco rumah sewa simple guna barang dari Shopee.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Deco Rumah Sewa Simple Guna Barang Shopee Yang Sangat Menarik

 

Konsep dia sedap mata memandang. Masa anak-anak tidur baru dapat nikmati pemandangan macam ini.

Deco rumah sewa

Ini adalah keadaan rumah sewa sebelum didekorasikan dengan cara bajet.

Deco rumah sewa

 

Ini pula adalah keadaan ruang tamu setelah diubahsuai. Karpet yang ditukar itu dibeli dari Shopee.

Deco rumah sewa

 

Keadaan kawasan ruang tamu tempat menonton tv, berehat dan tempat anak bermain. Meja kanak-kanak itu juga dibeli dari Shopee.

Deco rumah sewa

 

Pandangan dari sudut lain keadaan deco ruang tamu. Jika anda berminat untuk mendapatkan Slide Children Baby Swing Climbing. Anda boleh mencarinya di Shopee.

Deco rumah sewa

 

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah sewa anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam deco rumah sewa. Selamat mencuba. 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down