Deko Bilik Memanjang Anak, Guna Almari Pakaian

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda mempunyai bilik tidur memanjang? Secara logiknya, bilik memanjang memang agak rumit untuk hias dan membuat susun atur. Namun, ia juga mempunyai kelebihan di mana ia dapat di bahagikan kepada beberapa bahagian pada satu bilik. Jika anda ingin deko bilik memanjang untuk anak anda, anda boleh bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu hujung untuk tidur dan satu hujung lagi untuk dijadikan tempat belajar atau tempat bermain.

Seperti yang dilakukan oleh Eyza Zakiey, di mana beliau deko bilik memanjang anak lelakinya dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu untuk tidur dan satu lagi untuk anaknya bermain ‘game’. Tambahan lagi, beliau menggunakan almari untuk dijadikan ‘partition’. Jom kita lihat cara beliau menghias dan membahagikan bilik tersebut kepada dua bahagian.

Deko Bilik Memanjang Dengan Bahagikan Kepada Dua Ruang

deko bilik memanjang

Beliau bahagikan bilik anaknya menjadi dua ruang iaitu satu ruang untuk tidur dan satu lagi tempat untuk bermain atau belajar.

Almari baju diletakkan pada tengah-tengah ruang bilik itu untuk dijadikan ‘partition’.

Katil, almari pakaian, meja belajar dan semua perabot itu di beli di Shopee.

Beliau lekatkan ‘wallpaper’ pada belakang almari supaya kelihatan lebih cantik

Tadaa! Almari itu dah siap dibalut dengan ‘wallpaper’ dan dijadikan sebagai ‘partition’ untuk menjadi pembahagi kepada dua ruang.

Ini adalah ruangan ‘gaming’ di mana beliau telah menyediakan semua barang ‘gaming’ dan juga terdapat kabinet untuk menyimpan barangan anak lelakinya.

Di dalam video tersebut, beliau juga ada menunjukkan bilik air untuk anak lelakinya. Sangat cantik dengan gabungan warna hitam dan putih. Sesuai untuk anak lelaki.

‘Partition’ pada tengah-tengah ruangan itu tidak nampak seperti almari kerana beliau telah tampalkan ‘wallpaper’ yang tebal pada almari tersebut. 

Inilah rupa bilik tidur memanjang anak lelakinya.

Bijak juga kan idea ini? Kalau anda mempunyai bilik memanjang, anda jangan risau. Anda boleh hias dengan membahagikan kepada dua ruangan. Lagi jimat dan kemas. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat susun atur dan memberikan idea untuk deko bilik memanjang.

Selamat Mencuba!

Kredit : eyzazakiey2 Via TikTok

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down