Projek Si Bapa DIY Loftbed Untuk Anak-anaknya

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kasih ibu hingga ke syurga kasih bapa selama-lamanya. Begitulah yang boleh perumpamaan yang boleh diberikan untuk suami kepada Puan Nurul Farhana apabila beliau DIY loftbed untuk anak-anak mereka.

Atas permintaan si isteri, suaminya berjaya menyiapkan loftbed di bilik anak-anak mereka atas bantuan daripada kawan-kawan yang lain.

Mari kita baca dan terokai kisah bagaimana suami kepada Nurul Farhana DIY loftbed buat anak-anak mereka.

Projek DIY Loftbed Di Bilik Anak-anak Dari Bapa

Gambar-gambar proses semasa menyiapkan loftbed. Kawan-kawan dan anak-anak yang banyak memberi bantuan dari segi mental dan tenaga sepanjang proses menyiapkan projek DIY loftbed ini.

Akhirnya berjaya juga disiapkan. Total kos untuk siapkan semua ni dalam RM3k termasuk wiring, cat, tilam katil saiz king, eksesori elektrik dan rangka besi katil. Murah sebab semuanya dibuat sendiri dan guna pakai barang yang dah sedia ada.

DIY loftbed

Begitulah perkongsian daripada Puan Nurul Farhana tentang bagaimana suaminya merealisasikan impian beliau yang menginginkan loftbed di dalam bilik anak-anak mereka.

Semoga kisah ini boleh memberi inspirasi kepada para suami di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down