Apabila kita memikirkan tentang bilik tidur yang merangkumi barang IKEA pastinya yang terlintas di fikiran adalah showroom di pasaraya IKEA. Namun, itu hanyalah untuk display atau pun paparan sahaja bagi membantu pembeli melihat produk yang ditunjukkan. Tetapi kalau ada yang betul-betul macam mana?
Macam yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Ibah Abdullah ini. Beliau telah pun membuat makeover dan deko bilik tidur kepada 2 anak perempuan beliau yang bertemakan warna paster Grey & Pink. Tambahan lagi, beliau menyatakan kesemua barang tersebut adalah semua daripada IKEA.
Ibah Adbullah juga telah menunjukkan gambar sebelum dan selepas deko bilik tidur kecil tersebut untuk tujuan perbandingan dan juga rujukan orang ramai. Beliau buat semua ini adalah demi 2 anak perempuan tercinta beliau. Jom kita tengok hasil daripada perkongsian beliau.
Kombinasi color pastel pastel grey untuk keseluruhan bilik dan pink belacan untuk feature wall. Katil super single dan pull out bed kita kekalkan yang sedia ada.
Gambar Keadaan Bilik Sebelum Dekorasi
Gambar Keadaan Bilik Selepas Dekorasi
Kebanyakkan barang didalam bilik tidur ini adalah barangan IKEA. Barang IKEA sangat kukuh dan sangat senang untuk didapati.
Senarai barang IKEA yang ada adalah seperti dibawah :-
Untuk bahagian dinding pula, Warna pada dinding tersebut adalah warna pink. Saya beli cat jenama jotun cover plus. Kod untuk warna pink itu adalah decopink 2782 manakala untuk kelabu pula ialah bare 1391. Keluasan bilik tidur ini adalah 110 sqft.
Sumber : Ibah Abdullah