Pada masa kini, sebut sahaja mengenai dekorasi dinding berkonsepkan tiga serangkai sudah pasti orang ramai cukup mengenalinya. Namun, ada juga yang tidak tahu dan tertanya-tanya apakah maksud dekorasi 3 serangkai ini?
Dekorasi 3 serangkai adalah singkatan kepada konsep dekorasi yang terdiri daripada wainscoting, accent wall dan juga batten wall. Kombinasi 3 konsep ini menjadi kegilaan pemilik rumah disebabkan ianya mampu menjadikan dinding yang sebelum ini kosong dan suram lebih kelihatan ceria.
Sudah pasti anda ingin tahu bagaimana ingin menghasilkan dekorasi 3 serangkai seperti ini? Jadi, untuk penerangan dengan lebih lanjut, boleh ikuti pada setiap gambar di bawah ini.
Alhamdulillah.
Haritu selesai hasilkan deco Living Hall. Projek seterusnya pula adalah projek Dining Hall/Ruang Makan.
Walaupun ruang tak besar tapi teruskan saja.
Tips nak beli PVC wainscoting cari dalam bentuk panjang. Elakkan dari beli gulung walaupun PVC. Mudah sebab sudah lurus elok tak perlu diperbetulkan lagi.
Barangan yang digunakan:
Ini adalah antara barang-barang yang digunakan. Paling berguna gergaji itu. Potong paip PVC paling mudah.
Dinding ini sebelum diubahsuai hanya menjadi tempat nukilan hasil kreatif anak daranya sahaja.
Langkah 1: Pasang Skirting
Mula-mula letak skirting dahulu sebab ruang makan dan bilik tak ada skirting. Jadi, apabila mop memang agak mengganggu dinding.
Langkah 2: Penghasilan Batten Wall.
Kayu MDF 2 inci x 3.5 ketinggian. Beliau tak guna 4 sebab ada skirting dan lapik kayu MDF pada bahagian atas dan bawah lagi. Beza antara MDF yang digunakan adalah sekaki sahaja.
Selesai proses undercoat guna cat putih biasa.
Langkah 3: Penghasilan Wainscoting Pada Bahagian Atas.
Apabila pemasangan telah selesai, beliau terus cat dengan menggunakan Jotun Majestic Washen Linen Matt.
Keadaan dinding selepas diubahsuai. Konsep yang digunakan adalah kombinasi di antara wainscoting dan juga dinding batten.
Batten wall di cat dengan menggunakan Jotun Majestic Egg White Sheen.
Langkah 4: Pemasangan Accent Wall.
Disebabkan PVC accent wall ini dapat di dalam keadaan bergulung, ia memerlukan 3 hari untuk betulkan accent wall guna paip PVC.
Saiz :
Bingkai: 4CM
Dalam: 2.5CM
Untuk proses ini, sebenarnya lukis lain dan hasilnya jadi lain, idea semua dari suami yang paling teliti. Isteri hanya urus cat dan gap filler sahaja.
Akhirnya berjaya dihasilkan mengikut corak yang di inginkan.
Ruang makan sebelum diubahsuai. Ketika ini baru masuk rumah 2017 memang cukup meminati dengan warna merah sampai partition pun merah.
Sebelum ubahsuai, meja makan pun sudah berusia 19 tahun. Ia merupakan hadiah dari emaknya semasa pindah rumah.
Ketika ini penghasilan wainscoting di atas batten wall pula.
Pada bahagian berwarna merah itu, terus sapu cat Jotun Majestic Washen Linen Matt dan tak perlu undercoat.
Selesai proses mengecat. Memang cun putih lawan dengan warna Washen Linen.
Setelah penat pasang, kita baring dulu.
Keadaan selepas diubahsuai. Set meja makan tersebut ditukar dengan cover warna hitam.
Warna cat ruang makan yang dihasilkan:
Itu sahaja perkongsian mengenai ubahsuai ruang makan pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit: Puan Nurul Izzati Rahmat