Makeover Suprise Rumah Di Kampung Khas Buat Ibu Tersayang

523 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lain orang, lain caranya untuk menggembirakan hati keluarga. Sesetengah orang akan menghadiahkan barangan dan ada juga dengan cara belanja makan.

Namun, bukan itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Pa'e Faeza. Bagi memberikan kejutan di atas pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkannya, beliau telah melakukan satu ubahsuai yang cukup menarik sebagai hadiah buat ibunya yang tercinta.

Jadi, jom kita lihat bagaimana beliau tukarkan rumah sederhana tersebut kepada satu gaya yang cukup cantik dan wow!

Makeover Suprise Rumah Di Kampung Jadikan Lebih Menarik

Makeover surprise.

Kali ini kita berikan sesuatu yang teristimewa kepada orang yang kita sayang. Sesuatu penghargaan atas asbab dia yang melahirkan, membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang.

Rumahku syurgaku untuk insan yang bergelar ibu.

Alhamdulilah dalam masa lebih kurang 10 hari dapat kami membuat ubahsuai ruang tamu yang sebelum ini biasa-biasa menjadi luar biasa.

Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.

Makeover Suprise Rumah Di Kampung
Makeover Suprise Rumah Di Kampung

Ruang tamu ini selepas diubahsuai. Sangat cantik dan luar biasa ubahsuai yang berjaya dihasilkan ini.

Kalau beginilah hasil deko yang dilakukan, bukan setakat emak kita je yang gembira, jiran sebelah rumah tengok pun terkedu tau! Cantik giler.

Makeover Suprise Rumah Di Kampung

Ruang makan setelah diubahsuai.

Makeover Suprise Rumah Di Kampung

Cukup menarik hasil makeover yang berjaya dihasilkan oleh wanita ini. Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan ubahsuai rumah di kampung.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down