Dekorasi Apartment Raya 815 Sqft Sempena Menyambut Hari Raya

1,179 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pastinya ramai rakyat Malaysia ini sedang bertungkus lumus melakukan sebuah dekorasi rumah yang cantik sempena Hari Raya bakal tiba kan? Hafiz Morshidi juga tidak ketinggalan melakukan dekorasi apartment raya beliau yang keluasan 815 Sqft ini.

Beliau telah kongsikan dekorasi raya beliau didalam sebuah grup facebook Deko Rumah Cara Shopee. Hasil perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai pujian dan juga reaksi positif daripada ahli grup tersebut menyatakan sangat cantik dan terbaik.

Untuk deko pula kesemuanya dilakukan dengan diri sendiri dan perabot banyak digunakan daripada IKEA. Jom kita tengok bagaimana dekorasi apartment raya milik Hafiz Morshidi ini.

Dekorasi Apartment Raya 815 Sqft Warna Kelabu & Putih Sempena Menyambut Hari Raya

Selamat Hari Raya & Salam PKP 3.0

Nak share sikit dekorasi apartment bersaiz 815 sqft.

DEKORDATA

Tema : Putih, Kelabu

Interior Designer : Diri sendiri (IG @isukaikea )

Perabot : 100% IkeaKabinet Dapur : Kubiq

Bermula dengan imaginasi lepas tu cuba design sendiri. Sukat setiap sudut rumah baru & study saiz & fungsi perabot2 Ikea.Design sendiri, pasang perabot sendiri, deko sendiri. Cantik tak cantik tolak ke tepi yang penting puas hati.

Penat lelah dah terbayar. Perabot Ikea tempah di website Ikea dan ambik masa 4 minggu untuk sampai ke Kuching, Sarawak. FYI, Sarawak takda Ikea lagi. Harap Ikea akan ada di Sarawak satu hari nanti.

Dekorasi Apartment Yang Cantik Dilakukan Sempena Hari Raya

Bahagian Ruang Tamu

Berikut merupakan gambaran 3D daripada perisian Room Planner dan gambar selebihnya adalah gambar dekorasi ruang tamu rumah beliau. Kelihatan cantik dengan penggunaan warna kuning sedikit menaikkan lagi seri rumah tersebut.

Dekorasi Apartment Raya

Bahagian Ruang Makan

Gambaran 3D ruang makan daripada room planner sebelum dekorasi untuk ruang makan dilakukan. Bahagian ruang makan ini memang menerapkan warna kelabu agar kena dengan suasana nak makan.

Dekorasi Apartment Raya

Bahagian Ruang Dapur

Berikut merupakan gambaran ruang dapur dari room planner dan dekorasi dapur selepas proses dilakukan. Banyak menggunakan perabot daripada IKEA kerana tahan lama dan kukuh.

Kredit : Hafiz Morshidi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down