Persiapan Dekorasi Nostalgia Raya Di Rumah Abah Dan Ummi

751 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila tibanya Hari Raya ini sudah pastinya ramai yang gembira dengan kedatangannya. Tidak kira daripada umur tua ataupun muda, ramai yang akan bersungguh untuk jadikannya ianya hari yang gembira. Dan seperti yang anda tahu juga ramai akan melakukan dekorasi raya dirumah masing-masing mengikut tema yang ditetapkan.

Kebanyakkan melakukan deko moden tetapi berbeza dengan Bunga Lavender. Beliau melakukan sebuah Dekorasi Nostalgia Raya dirumah kampung abah dan ummi. Hasilnya sangat cantik kerana ianya seakan-akan menerapkan dekorasi rumah kampung zaman dahulu.

Jom kita tengok betapa cantiknya dekorasi raya yang dilakukan oleh Bunga Lavender ini. Perkongsian ini juga beliau berkongsikan didalam sebuah grup Facebook "Malaysiaku Dulu Dulu Official".

Sebuah Dekorasi Nostalgia Raya Cantik Yang Dilakukan Di Rumah Kampung Abah & Ummi

Kenangan pagi 1 Syawal 2023

Deko nostalgia raya @ rumah abah & ummi. Alhamdulillah, terima kasih admin dan semua sahabat yang mengikuti catatan nostalgia persiapan raya saya dari awal Ramadhan lalu.

Terima kasih beri sokongan dan semangat kepada saya untuk terus berkongsi deko nostalgia. Selamat hari raya. Teruskan sayangi barang lama, kekal jiwa nostalgia antik klasik dimana sahaja anda berada.

Dekorasi Nostalgia Raya Yang Menerapkan Suasana Kampung Zaman Dulu

Bila tengok dekorasi raya dalaman rumah ni teringat zaman dulu-dulu waktu kecil.

Dekorasi Nostalgia Raya

Pasu ranting kad raya yang berada diruang tamu.

Dekorasi Nostalgia Raya

Mengamit kenangan tengok deko kampung. Nostalgia pula tengok dekorasi kampung zaman dahulu secantik sebegini.

Dekorasi Nostalgia Raya

Ruang untuk bergambar bersama dengan pasu ranting kad raya.

Dekorasi Nostalgia Raya

Gantungkan frame poskad lama dan juga sampul raya.

Dekorasi Nostalgia Raya

Kredit : Rumah Lavender

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down