Dekorasi Bajet Bilik Air Murah Guna Wallpaper Kalis Air

9,744 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi untuk rumah PPR ini sememangnya jarang untuk dilakukan sebuah dekorasi yang mewah-mewah. Kebanyakkan dekorasi untuk rumah PPR ini banyak yang dilakukan secara bajet untuk menjimatkan kos. Walaupun tak mewah asalkan nampak cantik, kemas dan sedap mata untuk memandang.

Seperti dekorasi bajet bilik air yang dilakukan oleh Loges Nitha ini. Beliau telah mengubahnya dari rupa bilik air yang teruk terus menjadi baharu bermodalkan RM150 sahaja. Bahan-bahan yang digunakan adalah wallpaper kalis air yang dibeli di kedai Kaison.

Jom kita lihat bagaimana dari sebuah tandas yang biasa terus menjadi dekorasi bilik air yang cantik.

Sebuah Dekorasi Bajet Bilik Air Yang Cantik Dengan Menggunakan Wallpaper Kalis Air

Dengan budget murah tukar deco bilik mandi #ppr. Dengan wallpaper Rm19.90 kaison kalis air. Saya pun first time cuba, kalau ada tersilap jawap sorry ye. Cantik tak ?

Sebelum Dan Selepas Dekorasi Bilik Air Yang Dilakukan Ini

Inilah dia rupa dan juga gambaran asal bilik air rumah milik Loges Nitha ini. Sememangnya bilik air yang asal ni kotor dan banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Dekorasi Bajet Bilik Air
Dekorasi Bajet Bilik Air

Tadaaaaa! Inilah dia hasil dekorasi bilik air bajet yang dilakukan untuk keluarga tersayang. Kami menggunakan wallpaper kalis air untuk menutup kesan kotor dinding. Baru selesa mata memandang bilik air ini.

Dekorasi Bajet Bilik Air
Dekorasi Bajet Bilik Air

Ini pula adalah tempat pengasingan barang-barangan masing-masing. Senang nak tahu diri sendiri punya tanpa tertukar atau ambil yang lain.

Dekorasi Bajet Bilik Air

Itu sahaja untuk artikel Giler Deco kali ini. Diharap artikel ini mampu memberikan inspirasi atau juga idea untuk anda melakukan dekorasi bilik air sebagaimana yang dilakukan oleh Loges Nitha ini.

Sumber : Loges Nitha

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down