Dekorasi Ruang Tamu Seakan Hotel Mewah Dengan Wallpaper

5,424 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Masa ni lah orang berebut-rebut nak menunjukkan skill dan kreativiti dalam menghias rumah masing-masing.

Lebih-lebih lagi bagi orang yang akan mengadakan open house. Raya kan sebulan, jadi tak salah kalau kita nak deko rumah kita cantik-cantik. Lagi baik jika dekorasi itu dikekalkan untuk jangka masa yang lama. Korang yang akan atau sedang mendeko rumah tu jangan sampai berlebihan dalam berbelanja ya.

Jom sama-sama ikuti perkongsian dari eqasimgift mengenai dekorasi ruang tamu yang telah dilakukannya. Beliau berjaya menjadikan ruang tamu tersebut kelihatan seperti hotel mewah dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.

Nak Bagi Rumah Nampak Seperti Hotel Mewah? Kacang Je, Wallpaper Kan Ada

Dekorasi Rumah Sebelum Ditampal Wallpaper

Sakit mata tengok dinding macam ni. Fikir punya fikir. Last sekali decide nak tampal kertas dinding je. Jimat!

Start kerja penampalan kertas dinding. Tak susah pun nak tampal ni. Tapi korang jangan tarik kuat-kuat tau. Nanti corak 3 dimensi tu lari. Kan dah tak cantik hasilnya.

wallpaper

Dekorasi Selepas Ditampal Wallpaper

Tada! Nampak leboh mewah kan. Padahal tampal kertas dinding je. Memang power betul kuasa wallpaper ni.

wallpaper
wallpaper

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi ruang tamu ala hotel mewah. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua.

Sumber: @eqasimgift (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down