Dekorasi Bilik Belajar Untuk Anak Yang Mempunyai Masalah Speech Delay

Speech delay pada anak merupakan gangguan komunikasi di mana mereka sukar dan lambat untuk berbicara. Masalah ini menyebabkan tiada komunikasi dua hala dan mereka belum pandai menerima dan melakukan arahan yang diberikan. Untuk mengatasi masalah speech delay, mereka perlu diberi perhatian yang lebih dan cara belajar mereka adalah lain daripada kanak-kanak yang normal. 

Namun, sepasang suami dan isteri ini bertekad untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak lelaki mereka yang mempunyai masalah speech delay dengan membuat terapi sendiri di rumah. Ibunya dengan teruja telah membuat dekorasi bilik belajar untuk anaknya dengan sangat menarik dan sistematik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran anaknya. 

Jom kita lihat dekorasi untuk bilik belajar anak lelaki yang mempunyai masalah speech delay yang dikongsikan oleh Hani Mynis!

Pengurusan Bilik Mainan & Bilik Belajar Untuk Anak Yang Mempunyai Speech Delay

bilik untuk anak speech delay

Sekolah rumah Aqil. Ada meja dan dua kerusi untuk hani duduk berhadapan dengan dia mengajar dia. Jangan bayangkan hani duduk kat kerusi budak tu please. Memang sengsara kerusi tu hani rasa kalau dia boleh bercakap .

Tapi pentingnya hani duduk berhadapan dengan dia mata bertentang mata untuk dia ada sikit rasa shes not my ibu now, shes my teacher. Hahahaha

Meja dari Ikea: RM99

Kerusi dari shopee: RM35

Karpet velvet dari shopee.

Pandangan dari depan

Blok tu hani guna semasa mengajar dia mengeja nama sendiri. Ini perkara pertama yang hani ajar dia start awal PKP haritu. Abc pun tak ajar lagi terus ajar tulis nama. Ada sebabnya hani buat mcm tu.

Binder klip tu untuk hani gantungkan artworks dia semasa tunggu artwork tu kering. Dah kering baru simpan dalam fail.

Para dan l bracket dari Ikea: RM15

Wooden alphabet dari Kaison: RM3

Jam buat sendiri

Kawasan buku, worksheet dan tools dia.

Lennart drawer dari Ikea hani stack. Rm49. Hani secure kan dengan cable tie.

Troli ala Raskog tp dari Shopee.

Rak buku putih dari Tesco: RM18

Troli buku dari Eco, hani pasangkan roda di bawahnya.
Magnetic board untuk hani letakkan pelan pengajaran minggu ini. 

Magnetic board dari salah satu para hyllis Ikea
Felt sign dari IG @sukisusa.

Setakat ni cita-cita masih nak jadi Superman.

Rak buku dari spice rak Ikea: RM 15

Para dari ikea: RM 15

Lampu bawah para dari mr diy, rm7 utk 2 (tak silap)

Homework kit yg hani letakkan tools semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Aqil.

Blue caddy mr diy: RM 8

Craft dan art cart.

Trolley ala raskog dari shopee

Buku-buku kerja dan latihan Aqil. Hani gunakan magazine holder dari Eco. Jujurnya hani belum rasa penstoran ini sempurna tapi for now this will do.

Kalau dulu empat tingkat hani guna untuk susun atur mainan dia. Sekarang mainan dia tinggal dua tingkat je. ini sahaja yang dia masih main sekarang. Bekas hitam dari Eco.

Dua tingkat yang di atas ialah barang-barang yang hani guna as bbm dia. Hani guna kan bekas dari Eco utk simpan bbm dia

Box kelabu di atas dari Tesco.

Cara hani simpan board/knob puzzle dia guna fail box dari Eco. Tapak puzzle lekatkan di luar box. Puzzle nya hani simpan dalam box. Kurang risiko puzzle hilang.

Math and science station.

Kebanyakan apparatus sains hani beli di Daiso shj. Simpan science apparatus and material dalam box Eco.

Rak dari Ikea rm40

Hani simpan worksheet AQIL yg hani buat dalam lennart drawer. Mengikut subjek.

Sungguh sistematik cara beliau membuat dekorasi dan susun atur bilik belajar untuk anaknya. Dengan adanya peralatan macam tu untuk mengajar, jadi mudah lah untuk budak yang mempunyai masalah speech delay untuk bercakap dan menulis. Tambahan pula, dekorasi yang cantik dan menarik seperti itu tentu dapat menarik perhatian anaknya untuk lebih semangat belajar. 

Setakat ini sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu dan memberi idea kepada ibu bapa untuk membuat dekorasi bilik belajar untuk anak-anak mereka terutamanya yang mempunyai masalah speech delay.

Semoga bermanfaat!
Kredit: Hani Mynis

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Mei 11, 2022
Dikemaskini pada
Mei 11, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down