Dekorasi Dream Pantry Yang Dihasilkan Oleh Encik Suami

16,032 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik pantri adalah satu ruang simpanan stok khas untuk barangan dapur. Mungkin penyediaan pantri dapur ini bukanlah keutamaan kita di Malaysia, tetapi ia telah lama digunakan oleh orang di luar negara seperti di Eropah dan Amerika.

Stok yang disimpan tidak memerlukan peti sejuk. Malah, stok makanan ini boleh digunakan ketika situasi kecemasan seperti banjir besar, bekalan makanan terputus dan sebagainya. Jadi inilah tujuan utama pembinaan bilik pantri ditubuhkan.

Pantri ini biasanya dibina dengan kabinet pasang siap di dalam bilik atau satu ruang di dapur. Seeloknya barangan pantri perlu dilabel seperti tarikh dibeli dan tarikh tamat tempoh. Jom kita tengok hasil dekorasi "dream pantry" yang dikongsi oleh saudari Esm Shafizawati .

Dekorasi Dream Pantry Hasil Cik Suami

My Dream PantryAlhamdulillah, tercapai impian nak memiliki pantry terbuka. Terima kasih suamiku bertungkus lumus siapkan pantry ni.Bukan apa, ada pantry ni senang kita nak mengemas. Nak cari barang masak pon mudah. Tak lah punggah sana sini.

Keadaan Ruang Pantri Yang Asal

Ini lah rupa bilik asal yang kami ingin ubah menjadi bilik pantri kami. Encik suami cakap dia ingin melakukannya.

Proses Membuat Pantri Dijalankan

Proses-proses membuat rak untuk pantri ini dilakukan oleh encik suami.

dekorasi "dream pantry"

"Dream Pantry" Yang Diidamkan Telah Siap!!

dekorasi "dream pantry"

Alhamdulillah, selama 4 hari bertungkus lumus dari sesi presentation, membeli meterial, proses buat dan menyusun akhirnya yang diidamkan ada depan mata. Walaupun dapat pantry bawah tangga tapi sis rasa seperti wanita terbahagia. Terima kasih suamiku.

Bestnya kalau ada pantry macam ni kan. Tersusun kemas je. Nak cari barang masak pon senang. Tak lah punggah sana sini. Dan paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.

dekorasi "dream pantry"

Pantry terbuka macam ni senang kita nak urus. Nak tambah stok pon senang sebab mana yang menyusut tu kita nampak. Jadi pembaziran atau lambakan stok dapat dielakkan.

dekorasi "dream pantry"
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dan mengetahui mengenai dekorasi "dream pantry" yang dilakukan oleh Esm Shafizawati ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Esm Shafizawati

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down