Projek DIY Menjadikan Side Table Ala-Ala SSF

986 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Inginkan idea dekorasi makeover menjadikan side table ala-ala ssf? Anda tidak perlu risau kerana artikel kali ini akan menunjukkan anda tutorial untuk dekorasi makeover side table ala-ala ssf ini. Tutorial akan merangkumi bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, Giler Deco ingin memaklumkan bahawa artikel ini merupakan sambungan pada artikel "Idea Dekorasi Bilik Tidur Bertemakan “Gold & Black”. Jadi, pastikan anda juga membaca artikel tersebut.

Makeover ini jdilakukan oleh Puan Norsaleza Hamzah yang juga membuat dekorasi artikel sebelum ini. Beliau telah menunjukkan beberapa bahan yang diperlukan dan cara "step by step" supaya anda mengikuti proses beliau dengan senang. Jom kita tengok.

Projek DIY Side Table Yang Lama Kepada Side Table Ala-Ala SSF

Side table ni dapat inspirasi untuk makeover semula jadikan ala-ala SSF. Kos untuk makeover ni ngam-ngam RM100:

- Tempah cermin 3mm RM80

- Gam tiup RM10

- Masking tape RM5

- Spray tin color gold RM7.50

Jumlah keseluruhan RM100

idea deko bilik tidur

Inilah dia side table yang berwarna asal iaitu warna hitam gelap.

Spraykan warna gold tersebut pada bahagian tulang permukaan sahaja.

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Apabila dah siap spray tu, pastikan biarkan ia kering dalam 2-3 jam. Kalau nak tunggu kering 2-3 hari pun boleh.

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Pastikan ukuran cermin tersebut ngam-ngam dengan permukaan laci. Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Calit-calitkan gam, jangan terlalu banyak pada bahagian tepi sebab kalau nanti gam terkeluar daripada tempatnya, dekorasi akan jadi hodoh dan nampak comot.

Selepas gam, tampalkan  tape agar cermin tidak mudah bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Apabila badan table pun dah kering, baru kita akan memulakan tampalan cermin pada bahagian badan.

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Akhir sekali, tampalkan cermin tersebut pada bahagian atas.

HASIL AKHIR

Dekorasi Makeover Side Table Ala-Ala SSF

Macam mana dengan hasil dekorasi makeover side table ala-ala SSF beliau? Hebat kan? Jika anda ingin membuat dekorasi tersebut, anda boleh mengikuti langkah-langkah beliau.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco hari ini. Semoga maju jaya semua.

Kredit : Norsaleza Hamzah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down