Makeover Pintu Bilik Kedap Bunyi Guna 3D Wallpaper RM2.10

1,538 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila melihat pintu bilik yang masih kukuh, tetapi kelihatan usang dan buruk maka tercetusnya idea untuk makeover pintu bilik menggunakan 3D  Wallaper yang hanya dibeli di kedai Eco RM2.10. Inilah gambar pintu sebelum dan selepas diubah suai yang dikongsikan oleh  Puan Nur Amira melalui facebook. Perkongsian kali ini adalah mengenai makeover pintu bilik kedap bunyi guna 3d wallpaper rm2.10.

Menarik bukan? Mari kita lihat apakah tips-tips yang dilakukan Puan Nur Amira.

Makeover Pintu Bilik Guna Wallpaper 3D :

 

Ini adalah keadaan pintu bilik sebelum dan selepas pintu bilik ini diubahsuai dengan gaya dan konsep baru yang cantik dan menarik. Yang membuatkan ianya lebih menarik, ubahsuai ini hanyalah menggunakan wallpaper 3D sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :

 

Bahan yang diperlukan tidak lah begitu banyak kerana diy kali ini adalah sangat simple.

  1. 21 keping 3D wallpaper
  2. Gam

Cara-cara untuk menghasilkan pintu kedap bunyi menggunakan 3D wallpaper :

Sebenarnya melakukan diy wallpaper 3D ini bukan benda yang sukar hanya perlu ketekunan dan kerajinan sahaja dalam melakukan diy seperti ini. Ikuti cara-caranya seperti dibawah ini.

  1. 21 keping 3D diperlukan untuk menyiapkan satu pintu.
  2. Cat bahagian belakang pintu.
  3. Tampal wallpaper 3D menggunakan gam.
  4. Tebuk sedikit lubang untuk ruang tombol.

Maka terhasil lah pintu yang bukan sahaja cantik bahkan pintu ini juga adalah kedap bunyi. Dari dalam bilik tidak kedengaran apa-apa bunyi dari bahagian luar .

Itu sahaja perkongsian dari  Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan inpirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai dan mendekorasi bilik anda supaya cantik dan kelihatan baru . Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda. Selamat Mencuba!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down