Sesiapa pernah ada pengalaman duduk menyewa sebuah rumah sewa di kawasan felda? Jika ada, bagaimana keadaan rumah kampung tersebut? Adakah ianya dalam keadaan baik atau tidak? Andainya jika diberikan keadaan rumah sewa yang keadaan serba tidak lengkap, apa yang akan dilakukan?
Sekumpulan anak muda telah berkongsikan sebuah dekorasi rumah bujang felda yang cantik. Menurut daripada Shah Rel ini, rumah felda tersebut merupakan sebuah rumah sewa mereka di Perak, Grik. Kesemua deko didalam rumah tersebut merupakan hasil DIY sendiri daripada anak-anak muda tersebut.
Jom kita melihat hasil dekorasi sebuah rumah bujang felda yang dilakukan sekumpulan anak muda ini.
Ni yang sebelum dan selepas. Rumah bujang kami setelah dideko sejak pkp. Ada yang bertanye betul ke tidak. Rumah ni kami menyewa di perak gerik, rumah felda je. Ada masih lagi kami akan deko semuanye hasil DIY sendiri. Yang bertanya, ni la hasil kami anak muda bujang ni sejak pkp. Wedding kami tak boleh buat. So kami mendeko rumah sewa kami
Dari Rumah Felda Kayu Lama Terus Nampak Deko Cantik Seperti Baharu
Kredit : Shah Rel