Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror Dan Accent Wall

1,436 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemilik rumah mana tidak tertarik dengan dekorasi rumah berkonsepkan accent wall dan grand mirror yang semakin menjadi trend di Malaysia pada ketika ini.

Hal ini kerana, penghasilan konsep dekorasi sebegini dapat membuatkan kediaman dalaman kita tampak lebih ceria dan berseri-seri. Perkara tersebut juga turut dilakukan oleh wanita ini yang bernama Rose Aida Hashim. Beliau telah berjaya menghasilkan dekorasi pada bahagian dinding ruang makan berkonsepkan grand mirror dan accent wall pada ruang tamu.

Apa yang membuatkan perkongsian ini menarik adalah kerana penghasilan projek DIY ini 100% hasil dari air tangan suaminya demi merealisasikan impian isteri kesayangannya untuk memiliki gaya rumah seperti ini.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan penghasilan DIY yang cukup menarik ini.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror Dan Accent Wall

Dah lama nak dinding cermin dan accent wall macam ini. Nak upah orang buat mahal, jadi minta tolong suami buatkan.

Hasil dari tangan suami sendiri. Suami kata deko sikit-sikit bila ada bajet demi merealisasikan impian isteri.

Dahulunya sangat kelihatan kosong bahagian ruang tamu ini.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror

Proses pemasangan bingkai kayu wainscoting dilakukan dengan cara simple sahaja.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror Dan Accent Wall

Bahagian ruang tamu sebelum susun atur perabot dilakukan semula.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror Dan Accent Wall

Keadaan ruang tamu setelah perabot selesai disusun semula.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya wainscoting

Bahagian ruang makan semasa pertama kali pasangan ini melakukan pemasangan grand mirror secara DIY.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya Grand Mirror

Penghasilan accent wall pada bahagian dinding ini selesai dilakuakan.

Dekorasi Rumah Dengan Gaya accent wall

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam mengubahsuai rumah dengan cara DIY. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down