Dekorasi Rumah Kampung Sehingga Cantik Sempena Raya

3,392 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hari Raya merupakan hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Hari Raya ini juga ramai mengambil peluang untuk bermaaf-maafan dan ada juga mengambil peluang untuk menghias dan membuat dekorasi rumah masing-masing sehingga cantik.

Ramai diantara kita semua ini sibuk melakukan dekorasi dirumah sempena hari raya kan? Tidak terkecuali juga perkongsian daripada Azizi Anuar ini yang telah melakukan dekorasi rumah kampung beliau sempena Raya yang akan didatang.

Hasil dekorasi rumah kampung tersebut telah beliau kongsikan didalam laman Facebook. Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen mengenai perubahan dan dekorasi rumah kampung beliau. Jadi, jom kita tengok hasil sebelum dan selepas dekorasi rumah tersebut.

Dekorasi Rumah Kampung Sempena Raya Yang Cantik

Deco semperna raya..rumah kampung je.....nasib baik siap sbelum raya...hasil deco berdua dgn wife

Bahagian Bilik Tidur

Untuk dinding ruangan bilik tidur ini saya tampalkan plywood setebal 6mm. Kemudian saya mengecat dinding bilik tersebut dengan warna putih.

Untuk lantai bilik pula saya gunakan stiker lantai vinyl yang viral. Sangat mudah dan senang untuk dipasang. Lagisatu ia kalis air.

dekorasi rumah kampung

Bahagian Ruang Tamu

Berikut merupakan bahagian ruang tamu rumah kami yang sebelumnya. Saya ambil inspirasi daripada rumah orang putih. Kesemua dinding ditambal menggunakan plywood tebal 6mm.

dekorasi rumah kampung

Bahagian Ruang Santai

Ini pula ruangan santai untuk saya dan wife bersantai-santai sambil membaca buku atau membuat kerja kami.

Bahagian Dapur

Dapur ini saya teringin nak buat macam open kitchen bar gitu. Jadi dapatlah hasil macam ni namun saya tetap berpuas hati. Hehehe.

dekorasi rumah kampung

Bahagian Tempat Berehat

Ruangan tempat berehat ini saya letakkan plywood 6mm ditengah untuk membahagikan ruang. Ruangan plywood tersebut saya melakukan sedikit frame wainscotting.

Untuk bahagian yang selebihnya pula ini, saya cuba buat laluan ke almari dengan dekorasi "wall divider". Jadi, tak ada lah kosong sangat bahagian tersebut.

dekorasi rumah kampung
dekorasi rumah kampung

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi untuk melakukan dekorasi rumah kampung masing-masing.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Azizi Anuar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down