Dekorasi Rumah Pertama Keluasan 1800++ Sqft Yang Cantik

2,388 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa tak gembirakan apabila dapat membeli atau mendapatkan sebuah rumah pertama untuk diri sendiri. Apabila dapatnya rumah pertama ni sudah pasti ianya berbaloi dengan apa yang kita usahakan selama ini dan itu juga salah satu kejayaan untuk anda.

Jadi, apabila memiliki rumah , sudah semestinya anda inginkan sebuah dekorasi rumah yang cantik dan menarik. Jika anda sedang mencari inspirasi bagaimana untuk menghiasi rumah anda dengan deko yang cantik, anda boleh lihat perkongsian daripada Mohd Fahmi Osman ini.

Beliau kongsikan bagaimana beliau melakukan dekorasi untuk rumah pertama beliau dan juga hasil DIY yang dilakukan di rumah terseut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki Kongsikan Dekorasi Rumah Pertama Dengan Keluasan Hampir 1800 Sqft Yang Cantik

Just nak sharing my first house. Dapat kunci bulan 5 2020. Alhamdulillah selepas dapat kunci rumah dapat khabar gembira isteri mengandung anak sulong.

Rezeki buat kami bertiga. First time buat wainscoating sendiri. Boleh la hasil kerja sendiri. Then slow2 diy yang lain. Banyak lagi plan nak diy dalam kepala otak ni tapi tak ada masa nak buat.

Dekorasi Rumah Pertama Yang Dilakukan Secara DIY

Beginilah keadaan dalaman rumah saya sewaktu masuk ke dalam buat pertama kali. Nampak luas kan? Biasa dah tu kalau dah rumah kosong. Jadi, start dari sini nak lakukan dekorasi rumah pertama saya agar kelihatan cantik.

Dekorasi Rumah Pertama

Kita mulakan dengan melakukan wainscoting pada bahagian dinding terlebih dahulu. Sememangnya hanya lakukan secara DIY sahaja tanpa bantuan orang lain.

Dekorasi Rumah Pertama

Seterusnya pula ialah beralih kepada hendak memasang grand mirror pada dinding sini.

Dekorasi Rumah Pertama

Letakkan satu per satu agar ia kelihatan kemas dan tersusun dengan rapi.

Dekorasi Rumah Pertama

Lukisan gambaran wainscoting pada tangga sebelum dilakukan.

Dekorasi Rumah Pertama

Hasil Dekorasi Rumah Yang Dilakukan Secara DIY

Dekorasi Rumah Pertama
Dekorasi Rumah Pertama

Dah siap dekorasi rumah pertama milik beliau yang berkeluasan 1800++ sqft. Sangat cantik, kan? Banyak yang beliau DIY sendiri. Lagi jimat dan cantik sekali! Tak perlu nak upah orang lagi dah.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Mohd Fahmi Osman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down