Dekorasi Daripada Bilik Biasa Menjadi Bilik Serbaguna Untuk Suami Isteri

0 views

Kalau dah duduk berdua suami isteri ini sudah semestinya memerlukan sebuah bilik khas untuk duduk bersamakan? Maksudnya adalah terdapatnya sebuah bilik dimana suami isteri duduk sekali dapat melakukan kerja bersama-sama. Ini dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.

Jika anda inginkan sebuah bilik sebegitu boleh melihat kepada sebuah bilik biasa yang dilakukan dekorasi cantik dikongsikan oleh Cik Kiah ini. Bilik tersebut telah dilakukan dekorasi khas untuk Work From Home dan juga Makeup Room.

Jadi, jom kita melihat bagaimana dekorasi bilik biasa kepada bilik serbaguna ini dilakukan.

Dekorasi Bilik Biasa Kepada Bilik Serbaguna Khas Untuk Suami Isteri

DEKO WORK FROM HOME DAN MAKEUP ROOM ❤️❤️

Siap jugak akhirnya deko untuk bilik kecik ni. Idea ni tercetus masa awal PKP aritu lagi. Suami kena work from home so dari situ la setup sikit2 untuk dia kerja dengan lebih selesa.

Tapi si wife nya pon nak jugak bahagian dia sebelah tu pahtu kita terus gabung camni. Senang kan? Awak kerja dan saya main mekap2

Perabot semua dari IKEA sebab nya senang, terus order sekali harung je kecuali kerusi je order dekat Shopee.

Gambar Keadaan Bilik Biasa Yang Asal Sebelum Dekorasi Dilakukan

Dekorasi Bilik Biasa Yang Dilakukan Ini Menjadi Bilik Serbaguna Suami Isteri

Bagaimana dengan dekorasi bilik yang dikongsikan oleh Cik Kiah ini? Nampak cantik, kemas dan tersusun dengan rapikan. Siap ada workstation masing-masing lagi diantara suami dan juga isteri. Kalau anda ingin melakukan bilik sebegini boleh dijadikan ini sebagai inspirasi.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kredit : Cik Kiah

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Mei 14, 2022
Dikemaskini pada
Mei 14, 2022
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down