Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua sebuah dekorasi rumah subsale townhouse yang bertemakan warna pink. Untuk pengetahuan anda semua, dekorasi rumah subsale ini dilakukan oleh Fatinshazzilah Atika.
Fatinshazzilah Atika ini berkongsikan dekorasi rumah subsale beliau didalam sebuah grup yang bernama Kami Suka Deko Bajet (KSDB). Berbekalkan dengan modal yang sangat bajet dan kebanyakkan barang deko adalah daripada kedai eco, shopee, ikea dan mr.diy.
Kesemua dekorasi rumah subsale townhouse tersebut dilakukan sendiri oleh beliau. Sebab utama beliau membuat dekorasi pink ialah kerana itu merupakan warna kegemaran beliau. Jadi, jom kita tengok bagaimana dekorasi rumah subsale yang bertemakan warna pink ini.
saya baru dapat kunci bulan 3 aritu..hanye mampu beli Rumah subsale townhouse ( bawah)
so ini je yang mampu buat mase ni renovate dan deko dengan bajet yang tak seberapa
kebanyakn barang deko adalah dari kedai eco, shopee, mr.diy dan ikea. Kesemua deko semua adalah dari saya
Bulan 3 dapat kunci untuk menetap dirumah subsale ini. Macam biasa tidak expected sangat untuk rumah yang cantik namun cukup untuk sekeluarga ini.
Bahagian rumah yang kosong pada awalnya.
Apabila masuk kebahagian ruang tandas. Astaga, nak pengsan tengok didalamnya. Kena cuci balik ni agar bersih. Dahlah kotor, berkulat pula didalam tu.
Selepas hampir memakan masa selama 2 bulan lebih melakukan dekorasi rumah subsale ini. Akhirnya ini lah dia, deko yang bertemakan warna pink.
Rumah kecil sahaja tapi tidak mengapa asalkan ada tempat berteduh dan family pun happy.
Kan dah cantik dah tu tandas ni. Daripada awal-awal berkulat terus nampak elegan dan high class.
Bahagian ruangan bilik tidur kami. Masih lagi menerapkan tema warna pink.
Bilik anak jer lari warna. Bilik ini bertemakan warna putih dan biru.
Bahagian dapur kami ini. Nak memasak pun baru ada mood.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap dengan artikel ini dapat memberikan anda semua inspirasi yang ingin melakukan dekorasi bertemakan warna pink ini dirumah anda.
Semoga bermanfaat semua.
Sumber : Fatinshazzilah Atika