Ubahsuai Shop Lot Sewa Jadikan Kediaman Ala Condo Mewah

5,665 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk mengubahsuai bangunan jenis shop lot, kemudian dijadikan sebagai teratak syurga buat kluarga tercinta.

Kenapa ianya boleh dikatakan berisiko? Hal ini kerana, penghasilan kediaman pada bangunan jenis ini memerlukan satu pengubahsuaian secara keseluruhan dan penambahan beberapa partition bagi mengasingkan bahagian bilik dan ruang tamu. Ia sudah pasti bakal memakan kos yang boleh dikatakan agak tinggi.

Namun, ianya tetap juga dihasilkan oleh lelaki ini yang bernama Bada Zukhe. Disebabkan keazaman tersebut, beliau telah berjaya mengubahsuai rumah shop lot sewa itu dengan konsep ala condo yang cukup cantik dan kreatif.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian penghasilan kediaman menarik ini.

Ubahsuai Shop Lot Sewa Jadikan Kediaman Ala Condo Mewah

Salam.

Nak kongsi ubahsuai shop lot (rumah kedai) tingkat 2 (sewa). Bilik kita bina pakai partition sahaja. Buat 2 bilik, aircond (2 kuda) kita bagi 2.

Keadaan rumah semasa proses ubahsuai mula dilakukan.

Ubahsuai Shop Lot Sewa

Bagi penghasilan bahagian partition itu, beliau hanya mengupah tukang dengan membayar secara hari. Barang yang digunakan untuk penghasilan partition tersebut dibeli sendiri.

Anggaran kos yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan RM3800 termasuk sekali dengan servis cat. Tetapi, jika beli dengan harga borong, kos yang perlu dikeluarkan tidak termasuk mengecat adalah lebih kurang RM5400 berkeluasan 20 x 12 kaki.

Ubahsuai Shop Lot Sewa

Proses penghasilan corak dan dekorasi dilakukan pada dinding bilik anak mereka.

Sticker yang digunakan adalah Heavy Black Gaffer Duty Cloth.

Ubahsuai Shop Lot Sewa

Bilik tidur anak setelah selesai diubahsuai berkonsepkan superhero.

Ubahsuai Shop Lot Sewa
Ubahsuai Shop Lot Sewa
Ubahsuai Shop Lot Sewa

Bilik tidur anak pada waktu malam.

Ubahsuai Shop Lot Sewa

Keadaan bilik utama setelah diubahsuai. Sangat cantik, langsung tidak nampak seperti bangunan shop lot. Terus kelihatan seperti rumah kondo.

Ubahsuai Shop Lot Sewa
Ubahsuai Shop Lot Sewa

Hiasan pada bahagian dinding bilik tidur utama.

Cermin stand digunakan bagi menampakkan lagi bilik tersebut kelihatan menarik.

Bahagian ruang solat dan ruang menonton tv di dalam bilik utama setelah selesai diubahsuai.

Ubahsuai Shop Lot Sewa
Ubahsuai Shop Lot Sewa

Sangat cantik dan menarik dekorasi dan ubahsuai yang dilakukan oleh beliau. Tak nampak macam rumah shop lot sewa pun, malah seperti kondo mewah.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down