Untuk membuat makeover dan dekorasi rumah ini bukannya senang, apatah lagi jika rumah tersebut merupakan rumah teres yang berhampiran dengan jiran-jiran sebelah. Mesti kita perlu memikirkan macam mana untuk makeover jika rumah dekat-dekat macam ni kan.
Untuk bab dekorasi pula, lagi akan pening kepala. Namun untuk keselesaan dan juga kepuasan diri kita, usaha baik pulih dan menghias rumah pasti akan berasa berbaloi. Sama seperti Mohd Fizree, beliau telah membuat makeover dekorasi rumah teres beliau mengikut konsep "contemporary modern style"
Beliau telah berkongsikan makeover dekorasi rumah teres beliau didalam grup Kelab Kaki Deco. Makeover tersebut merupakan sebahagian daripada kepuasan untuk diri beliau dan juga family. Jom kita hasil makeover dekorasi rumah teres beliau.
Saja berkongsi deko2 rumah. Kepuasan diri sendiri dan family Deko bajet2 je. Rumah pon harga bajet jugak. Syukur alhamdulillah janji selesa utk dduk
GAMBAR SEBELUM MAKEOVER RUMAH TERES
Berikut merupakan gambar keadaan rumah teres sewaktu mula-mula Mohd Fizree membeli rumah ini. Kelihatan pintu pagar yang sedikit rosak, warna cat rumah tersebut nampak pudar dan juga dalaman rumah yang kelihatan sendu.
GAMBAR SELEPAS MAKEOVER RUMAH TERES
Berikut merupakan gambar selepas makeover ini dilakukan. Berubah 100% berbanding dengan rumah yang asal. Tenang jer tengok.
Kos pagar berharga RM2.5K dan awning harga RM2.7K
Mozek itu dibeli sendiri dan upah orang pasang dalam 1.5k. Rumput yang digunakan tersebut adalah rumput karpet.
Ini adalah wall shiplap. Dibuat sendiri menggunakan kayu MDF board dari kedai kayu Chin Foo Plywood, Seremban. Cat yang digunakan adalah Jotun kod warna Scooter 5397.
Lampu downlight kecil itu dibeli daripada kedai lampu. Kalau didalam Shopee, ia bernama eyeball spotlight.
Kos kabinet bersertakan table top yang berukuran 12 kaki adalah dalam RM6k.
Sumber : Mohd Fizree