Dekorasi Bajet Bilik Tidur Bertemakan Dusty Pink Dan Gold

9,139 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap daripada kita ini sudah semestinya menginginkan sebuah dekorasi bilik tidur yang cantik, luas dan berseri-seri. Namun, untuk dekorasi bilik ini tidak perlulah mewah sangat, cukup sahaja dengan merangkumi barangan harga yang bajet sahaja.

Seperti yang diinginkan oleh adik bongsu kepada Adam Asyraf, beliau menginginkan sebuah bilik dekorasi bertemakan warna Dusty Pink & Gold yang cantik. Jadi, untuk merealisasikan kehendak adik bongsunya, Adam Asyraf lakukan projek dekorasi bajet bilik tidur tersebut.

Dekorasi Bajet Bilik Tidur Si Bongsu Bertemakan Warna Dusty Pink & Gold

Adik si bongsu request nak bilik tdo dustypink n gold. ok kita kasi jalan kan deco2 bilik rumah kayu dekat kampung untuk dia yang bujang. Ni laa hasil bajet2.

Gambar Bilik Sebelum & Proses Ubahsuai Bilik Tidur

Inilah dia rupa bilik sebelum projek dekorasi ini dilakukan. Bilik ni sememangnya kosong dan kelihatan tidak tersusun.

Dekorasi Bajet Bilik

Jadi, untuk melakukan proses ubahsuai bilik tidur ini. Banyak yang perlu dibaiki dan dilakukan proses agar bilik ini nampak cantik kembali. Antaranya ialah menukarkan dinding rumah tersebut dan juga baikpulih keadaan sekeliling area bilik tersebut.

Dekorasi Bajet Bilik

Selepas selesai menukarkan dinding, proses mengecat pula dilakukan. Seperti yang diinginkan oleh adik bongsu, kami mengecat warna dusty pink agar ia menepati dengan citarasa adik bongsu.

Video Proses Makeover Bilik Dilakukan

Hasil Akhir Dekorasi Bilik Tidur Yang Dilakukan Ini

Tadaaaaa!!! Inilah dia hasil akhir dekorasi bilik ini dilakukan. Kesemua barangan yang digunakan untuk melakukan dekorasi ini hanyalah bajet sahaja.

Si adik bongsu menginginkan bilik bertemakan warna Dusty Pink & Gold. Jadi, layankan sahaja jerlaaa lakukan bertemakan warna yang disukai.

Dekorasi Bajet Bilik
Dekorasi Bajet Bilik
Dekorasi Bajet Bilik

Kredit : Adam Asyraf

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down