Siapa disini duduk ataupun tinggal di rumah kondo? Susah semestinya bestkan tinggal di kondo. Ia punya view yang cantik lebih-lebih lagi kalau duduk ditempat yang tinggi. Design yang simple dan kecil sesuai untuk orang yang baru berkahwin.
Namun, sesetengah rumah kondominium ini tidak luas dan sempit sahaja macam rumah milik Syahir Ali ini. Dengan keluasan hanya 1017 sqft sahaja beliau terpaksa melakukan tema minimalis sambil tidak menggunakan banyak perabot dirumah beliau.
Walaupun tidak banyak perabot digunakan ianya masih lagi tetap kelihatan cantik dan sedap mata memandang. Bagi beliau elok minimalis dan simple untuk dipandang setiap kali balik daripada kerja.
Alhamdulillah, rumah condo 1017 ft2. Deco sikit2 je bagi tenang2 bila balik kerja. Tinggal nak buat plaster ceiling je di bahagian tepi. Kecil tapi cukup. Alhamdulillah.
Dekorasi Cantik Dan Tenang Di Sebuah Kondominium 1017 Sqft
Bahagian ruang tamu rumah kondominium ini. Ruang ini sempit jadi kurangkan penggunaan perabot untuk bagi nampak luas.
Mesti tertanyakan mana area dapurkan? Inilah dia. Masuk dalam rumah tu terus nampak dapur dah sekali dengan area makan kat tepi.
Laluan hallway menuju ker bilik masing-masing. Letakkan lampu satu kat tengah agar cerah bahagian hallway tersebut.
Nampak pintu kat belakang tu? Itu pula adalah ruang untuk pergi ker ruang laundry rumah ini.
Keseluruhan rumah kami ini. Walaupun hanya 1017 sqft sahaja namun jika pandai organize ruang ni dan kurangkan perabot komfirm akan nampak lebih cantik.
Kredit : Syahir Ali