Dari Rumah Biasa Diubahsuai Dengan Konsep Lobi Hotel

5,456 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang sentiasa kelihatan cantik sudah semestinya dimiliki oleh pemilik yang pandai menjaga dan menerapkan dekorasi rumah supaya ia kekal menawan.

Sudah pasti faktor duit cukup memainkan peranan penting. Tetapi, idea dan kreativiti yang paling memainkan peranan dalam mendekorasikan sesebuah rumah itu. Perkongsian Giler Deco pada hari ini adalah mengenai ubahsuai rumah dengan konsep elegan lobi hotel.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.

Ubahsuai Rumah Biasa Dengan Konsep Lobi Hotel

"Setiap kali berkesempatan menginap di hotel mewah, saya sering kagum dengan dekorasi pada bahagian lobi yang setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri.

Apa yang membuatkan dekorasi rumah ini kelihatan cantik dan elegan disebabkan oleh idea kreativiti yang dihasilkan pada ruang tamu rumahnya itu persis seperti lobi hotel 5 bintang.

Mana tidaknya, hiasan yang dihasilkan mempunyai nilai realistik yang tersendiri seperti apa yang dimahukan oleh mereka. Pasangan yang bertanggung jawab dalam penghasilan dekorasi ini adalah Amir Hamzah Mansor dan Nurlailah Khadijah Awaluddin.

Konsep Lobi Hotel

Disebabkan cukup meminati dekirasi lobi hotel, mereka menggunakan idea tersebut untuk mengubahsuai rumah mereka dengan konsep lobi hotel. Mereka tanpa berfikir panjang, terus mendekorasikan rumah dengan konsep tersebut.

konsep lobi hotel

Inilah keadaan rumah kediamannya selepas diubahsuai dengan konsep ala hotel. Bagi memastikan rumah kelihatan mewah dan cantik, pemilihan pemilihan warna yang sedondon juga memainkan peranan penting dalam mendekorasikan sesebuah rumah.

konsep lobi hotel

Perabot yang dibeli adalah berdasarkan warna dinding supaya kelihatan lebih sedondon dan sejuk mata memandang.

konsep lobi hotel

Penggunaan akuairum pada dinding juga membuatkan konsep rumah ini begitu menarik. Menurut beliau, bajet yang dikeluarkan untuk membuat akuarium ini hanyalah dalam lingkungan rm2000 sahaja.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down