Penggunaan accent wall pada dinding ruang tamu rumah pada masa kini memang menjadi satu trend. Kebiasaannya, konsep sebegini dihasilkan pada dinding adalah jenis tulang ikan.
Namun, sangat jarang kita lihat konsep accent wall yang dihasilkan dengan corak diamond. Perkara tersebut dilakukan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Muhammad Amen. Berbekalkan bakat yang dimiliki olehnya, beliau telah berjaya hasilkan satu projek DIY accent wall dengan gaya diamond.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti projek DIY yang sangat kreatif ini.
Accent wall buatan sendiri, tidak menggunakan peralatan canggih seperti mitre box, laser measuring bagai.
Hanya sesiku L, gergaji besi, tali ladung dan pisau. Projek ini sebagai hadiah untuk isteri. Ia berkonsepkan diamond head.
Kawasan dinding yang mahu dipasang accent wall tersebut.
Seperti biasa, tangga sangat diperlukan kerana ketinggian dinding melangkaui batas kita. Untuk pemasangan pada bahagian atas memang memerlukan tangga.
Semasa proses penampalan, ia memerlukan tape sebagai penyokong supaya accent wall tersebut tidak jatuh selepas ditampal.
Accent wall setelah siap dipasang. Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat dinding itu.
Inilah hasil ruang dinding setelah selesai dipasang accent wall.
Setakat itu sahaja perkongsian DIY pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.