DIY Almari Tudung Untuk Isteri Tersayang Dari Kayu Pine

4,880 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Perempuan ni kalau bercakap mengenai tudung, satu hari takkan habis. Itu baru bercakap sahaja, tak masuk bahagian koleksi-koleksi tudung lagi yang dikumpul oleh perempuan. Apabila banyak tudung, sudah pastinya memerlukan satu almari tudung yang besar untuk letakkan segala jenis tudung. Nak beli rak yang siap namun harga sangat mahal jadi lebih baik diy sahaja almari tudung tersebut.

Lelaki bernama Mohd Khairizan Reduan telah melakukan satu projek DIY almari tudung untuk isteri tersayang beliau. Almari tersebut mampu memuatkan hampir 140 tudung dalama satu masa. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki DIY Almari Tudung Untuk Isteri Tersayang Diperbuat Daripada Kayu Pine

Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru projek orang jer. Nak buat sliding tak pandai. Buat cara biasa jak. Janji berfungsi dgn baik. Material kayu pine & OSB board. Mudahan tahan lama la.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Melakukan DIY Almari Tudung

1. OSB Board yang telah siap dipotong berharga RM70 sekeping dengan ukuran 4ft x 8ft.

2. Proses mengecat OSB board ini untuk tujuan mencantikkan lagi warna dan kemasan board tersebut.

3. Letakkan pintu frame pada almari tersebut untuk menambahkan hasil yang berseri.

4. Sapukan varnish pada almari tersebut dengan jenama Nippon aint Floor Dressing.

5. Memasangkan bahagian body pada almari tudung.

DIY Almari Tudung

6. Saya letakkan roda pada almari ini dengan tujuan senang untuk dialihkan dan digerakkan kemana sahaja.

7. Siap sudah bahagian body tersebut.

8. Selepas itu, pasangkan pintu. Pintu berat sangat sampai terpaksa ikat body pada dinding menggunakan L bracket.

DIY Almari Tudung

9. Seterusnya, beralih kepada proses menebuk lubang pada almari tersebut untuk menyangkut rod kayu. Rod tersebut dibalutkan menggunakan self-adhesive foil.

10. Berikut merupakan rupa lepas memasang rod kayu tersebut.

11. Letakkan handle agar ia senang untuk dibuka dan ditutup.

12. Belakang ada 15 rod. Muat lebih kurang 90 tudung.

13. Lepas dipasang layer kedua

14, Hinge yang digunakan untuk almari ini. Harap dapat bertahan lama.

DIY Almari Tudung

Hasil Akhir DIY Almari Tudung

Berikut merupakan hasil akhir diy almari tudung yang dilakukan oleh saya ini. Dengan melakukan almari ini, boleh lah para isteri melakukan koleksi tudung sebanyak 142 tudung didalam almari ini.

DIY Almari Tudung

DIY Almari Tudung

Sumber : Mohd Khairizan Reduan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down