Projek DIY Barn Door Hasil Idea Tercetus Tengok Youtube

216 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah pastinya ada satu laluan daripada ruang tamu nak ke bahagian dapur. Selalunya bahagian ni akan membuatkan kawasan dapur terdedah macam tu jer kalau tidak meletakkan apa-apa pemisah. Sesetengah rakyat malaysia ni suka menutupnya menggunakan langsir.

Namun, untuk Mael Gambong ni beliau sudah pun menggunakan langsir sebagai pemisah antara 2 ruang ini. Jadi, beliau inginkan upgrade kepada sesuatu yang lebih cantik. Maka tercetusnya idea untuk melakukan sebuah idea DIY barn door yang menarik dilakukan olehnya.

Idea DIY tersebut tercetus selepas melihat hasil barn door dilakukan didalam platform youtube. Jadi, jom kita melihat hasil sebelum dan selepas yang dilakukan oleh beliau ini.

Projek DIY Barn Door Yang Terhasil Selepas Tengok Tutorial Daripada Youtube

Projek Ahmad Albab

Pada mulanya saya memang tercari2 kat kedai pintu kalau ada jumpa pintu setinggi 9 kaki tapi tak jumpa2 jugak. Paling tinggi pun 8 kaki tapi tak cukup sebab ruang pintu dan siling rumah saya memang tinggi. Jadi datanglah idea buat sendiri projek pintu besar gedabak 9 kaki tinggi dan lebar 4 kaki setengah. Idea Barn Door pulak dari cetusan minda lepas tonton HGTV.

Projek pintu pemisah antara ruang tamu keluarga dan dapur yang sebelum ini hanya menggunakan langsir. Kos binaan pintu ini tak sampai pun RM600 tapi masa yg diperlukan lebih kurang 2 bulan baru siap sbb saya hanya buat projek ini kalau ada kelapangan sahaja.. Maklumlah asyik bz dgn kerja hakiki dan anak2

Projek DIY Barn Door Yang Cantik Dilakukan Oleh Owner Ini

Sebelum terus membuat diy ini, ini merupakan railing yang owner beli di platform shopee. Kena ada railing dulu baru boleh teruskan projek ni. Link railing ada dikongsikan sekali.

DIY Barn Door

Ini dia pemisah pintu yang masih lagi dalam proses. Nak bagi nampak pattern yang cantik, dibuatkan corak sebegini. Corak tersebut merupakan kayu yang dipotong mengikut pattern tersebut.

Dah siap buat pintu dan catkan apa semua. Sekarang beralih kepada pemasangan barn door ni dengan railing pada ruang pemisah.

DIY Barn Door

Dah siap pasang. Kini dalam fasa testing. Alhamdulillah, semua okay. Barn door pun smooth jer boleh buka dan tutup.

Inilah dia hasil akhir DIY barn door yang dilakukan. Tambah sofa kat sini nak bagi naikkan seri kawasan ni.

DIY Barn Door

Hasil sebelum dan selepas kawasan ruang tamu dan dapur. Dulu tutup dengan langsir sahaja. Kini upgrade ada barn door.

Kredit : Mael Gambong

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down