Apabila bercakap mengenai dekorasi dinding pastinya daripada kita semua ni terfikir akan cat dinding bertemakan satu warna sahaja. Namun, apa kata anda tukar kan sedikit corak dinding yang berlainan iaitu DIY cat dinding bercorakkan "abstract pattern".
Corak "abstract pattern" ini merupakan corak yang biasanya mempunyai dua warna dan terdapat pelbagai bentuk. Corak ini lebih menarik dijadikan sebagai feature wall. Untuk membuat corak ini, memakan masa yang lama namun hasilnya sangat cantik dan puas hati.
Untuk panduan cara membuat DIY cat dinding corak abstrak ini telah dikongsikan oleh Izni Illiyyin. Beliau menyatakan dekorasi "abstract pattern" menjadi pilihan utama mereka untuk keluasan kediaman seluas 650 kaki persegi. Jom kita tengok perkongsian beliau.
DIY Cat Dinding Corak "Abstract Pattern" Yang Cantik & Menarik
Assalamualaikum. Just nak share cara kami berdua deco abstract wall. Rumah 650sf dan saya sertakan sikit deco rumah kami yang serba sederhana. Masih mengekalkan cara sebulan satu barang.
Panduan Membuat DIY Cat Dinding "Abstract Pattern"
- Kena pilih dinding sebagai feature wall untuk cat. Kecil atau besar atas pilihan.
- Sebelum beli cat, dinasihatkan agar pilih warna dulu. Boleh google contoh contoh warna yang sesuai untuk digabungkan. Dua, tiga atau empat warna tidak menjadi masalah asalkan elok dan senang di mata.
- Mulakan lukis lakaran kasar atas satu helaian kertas. Bentukkan setiap angle berdasarkan pilihan anda. Warna kan setiap ruang angle sebagai panduan sebelum anda cat di dinding. (Tip: anda dinasihatkan untuk buat beberapa paksi utama sebagai panduan dan boleh disambung dengan angle kecil yang lain)
- Ambil marker/colour pen yang sama dengan warna pilihan cat dan warnakan di atas kertas yang telah dibuat lakaran kasar.
- Boleh mula tampal MaskingTape di dinding dan mulakan proses cat.
- Masking Tape boleh dicabut selepas siap proses mengecat dan anda boleh touch up bahagian bahagian yang nampak kurang kemas.
Gambar Berserta Panduan
Di sini saya sertakan beberapa gambar sebagai panduan untuk yang baru mula untuk deco dan untuk pasangan yang baru mulakan kehidupan berdua macam kami.
Lakaran Pertama. Marker Kuning untuk cat warna kuning dan marker Hijau untuk cat warna mint.
- Lakaran Kedua dan kami kira agar warna Kuning dan Mint balance.
- Lakaran final sebelum start tampal maskingtape.
- Masking tape siap ditampal dan kami start dengan cat warna kuning.
- Siap cat semua bahagian sebelum cabut maskingtape.
- Setelah cabut maskingtape. Masking tape stilll ada di lantai.Abaikan meja penuh dengan air dan makanan sebagai backp perut lapar.
- Siap cabut semua masking tape. Alhamdulillah tak perlu banyak touch up.
Gambar masa dah siap kemas.
Hasil Akhir DIY Cat Dinding Bercorakkan "Abstract Pattern"
Sumber : Izni Illiyyin