Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Walaupun apa yang dihasilkan itu menggunakan barangan terpakai sahaja, namun, masa yang kita ambil untuk bersama anak-anak bagi menghasilkan projek DIY itu sangatlah berharga buat mereka.
Kalau sudah ada bakat kreatif yang terpendam, buat apa sahaja akan menjadi. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nor Hidayah Mohamed Said, walaupun dengan hanya menggunakan kotak terpakai, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa projek DIY yang cukup kreatif.
Jadi, jika mahu melihat dengan lebih lanjut hasil kreatif yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Sebelum ini saya kongsi hasil kerja saya buat dapur mainan untuk anak-anak perempuan saya guna kotak terpakai.
Malam ini saya kongsi pula hasil kerja suami untuk anak lelaki kami pula.
Kotak yang bakal ditukarkan menjadi litar kereta mainan anak lelakinya.
Selain dari kotak, bagi memastikan kotak tersebut lebih keras, penggunaan kad board hitam diperlukan. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Inilah hasilnya.
Tempat bertukang mainan anak lelaki juga sudah siap dihasilkan. Seterusnya, jom kita saksikan penghasilan dapur dengan menggunakan kotak yang dilakukan untuk anak perempuannya pula.
Inilah dapur mainan yang dihasilkan untuk anak perempuannya. Kelihatan seperti dapur betul. Sangat kreatif dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea untuk hasilkan tempat mainan anak. Selamat mencuba.