Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

163 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bajet yang terhad bukanlah menjadi isu bagi memastikan bahagian dapur lebih kelihatan luas dan selesa. Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Senah Gomeh.

Berbekalkan modal yang cukup minima, beliau telah berjaya menukarkan dapur usang miliknya menjadi dapur bajet idaman.

Jadi, jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

Deko dapur cara bajet.

Kami beli rumah subsales je. Modal tak banyak nak reno. Cuma alihkan tingkap dan pecahkan top table itu sebab paras peha saya. Memang tak sesuai untuk saya memasak.

Tak mampu nak buat dapur, tapi hati nak ada dapur. Jadi, beliau buat mengikut cara tersendiri. Beliau beli rak putih di Shopee dan susun bentuk ala-ala dapur.

Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas
Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

Beliau ambil dua meja sekolah yang terbuang dan jadikan ala-ala island. Kemudian, beliau balut semua dengan marble wallpaper supaya seragam. Kos semua sekali tak sampai RM1000 pun.

Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

Beliau merupakan jenis seorang yang sangat praktikal. Orang kata, "sempit letak island di situ". Beliau berkata, baginya mudah untuk beliau dan anak-anak memotong bahan-bahan cuci, bahan masakan dan memasak. Hanya pusing pinggang ke belakang sahaja.

Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas
Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

Inilah ruang anak-anaknya menghasilkan konten memasak untuk channel Youtube mereka.

Projek DIY Deco Dapur Cara Bajet Rumah Subsales Jadikan Lebih Luas

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down