Cara DIY Dinding Kosong Konsep Mirror Wainscoting

7,153 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, mirror wainscoting bukanlah suatu benda asing dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini kerana, rata-rata pemilik rumah sangat suka menggayakan dekorasi rumah masing-masing dengan konsep seperti ini.

Untuk pengetahuan, pemasangan wainscoting cermin tidaklah begitu rumit. Cuma ia perlukan sedikit ketelitian dan kesabaran untuk menghasilkan wainscoting cermin yang berkualiti.

Selain itu, kreativiti juga diperlukan supaya apa yang dihasilkan itu membuatkan rumah lebih kelihatan menarik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita saksikan perkongsian mengenai proses ketika pemasangan wainscoting ini dilakukan.

Cara DIY Dinding Kosong Konsep Mirror Wainscoting

Dinding  rumah kosong, cuba letak mirror sebagai penyeri. Wainscoting sebelum ini buat sendiri juga.

Kemudian sambung buat mirror ini. Hampir seminggu juga hasil nak buat frame cermin ini. Cermin lots dibeli dari ikea, kayu dibeli di kedai hardware saja.

Ini adalah senarai barang yang wajib anda beli jika mahu berjimat dalam memasang wainscoting dinding rumah anda:

Keadaan dinding rumah sebelum proses pemasangan dilakukan olehnya sendiri. Memang jelas kelihatan kosong dan agak suram.

Cara DIY Dinding Kosong

Keadaan dinding semasa proses pemasangan sedang dilakukan. Permulaan kayu disusun dengan teliti dan dilekatkan dengan gam dan pita pelekat supaya cermin tidak bergerak dan tidak jatuh dari posisi asal.

Cara DIY Dinding Kosong

Keadaan ruang dinding setelah kayu selesai dilekatkan dan ditampal dengan pita pelekat semasa proses pemasangan dilakukan.

Cara DIY Dinding Kosong

Keadaan mirror wainscoting yang telah siap dipasang. Tetapi, belum siap sepenuhnya.

Cara DIY Dinding Kosong

Keadaan ruang dinding selepas selesai dilakukan. Walaupun simple, tetapi, sangat cantik apa yang dilakukan olehnya.

DIY Dinding Kosong
DIY Dinding Kosong

Itu sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca yang mahu mencari sumber inspirasi dalam melakukan pemasangan secara DIY.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down