DIY Grand Mirror Bajet Guna Barang Mr.DIY

21,900 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hiasan cermin pada dinding utama atau dikenali sebagai grand mirror sudah tidak begitu asing lagi pada masa kini. Dengan menerapkan konsep ini pada dinding, ia akan menjadikan kawasan dinding tersebut tampak begitu cantik dan mewah.

Penghasilan dekorasi dinding dengan cara DIY sangat menjimatkan modal, jika mengupah orang, kos yang perlu dikeluarkan sudah pasti berbeza dan agak mahal. Apa yang penting, sekiranya mahu lakukan sendiri, ia memerlukan banyak kesabaran dalam menyiapkan projek ini.

Jom sama-sama kita saksikan DIY yang dilakukan oleh wanita ini pada dinding rumahnya.

DIY Grand Mirror Mudah Dan Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. First time post dekat sini. Sangat excited nak share hasil usaha gigih kami suami isteri diy grand mirror.

Sebabkan bajet pun biasa-biasa, jadi kita diy je sndiri. Bila tengok hasilnya rasa sangat-sangat berbaloi dan terus hilang sakit-sakit pinggang apa semua.

Alhamdulillah. Semoga dapat memberi inspirasi buat korang yang tengah cari idea nak deko.

Ini adalah keadaan dinding semasa proses diy sedang dilakukan.

Kayu tersebut beliau beli dekat  Kedai hardware. Sebatang rm4.50 (10kaki). Cermin beli dekat Mr.diy RM10.50 sekeping (size 1x1.5 kaki).

Gam beli dekat Mr.DIY. Cermin itu pula beliau tampal gabung letak gam dan double tape jernih yang tengah viral pada ketika ni.

DIY Grand Mirror

Proses pemasangan selesai dilakukan pada bahagian dinding.

DIY Grand Mirror

Cermin sudah mula ditampal.

DIY Grand Mirror

Proses penampalan cermin telah selesai dilakukan. Hanya tunggu untuk cat sahaja.

DIY Grand Mirror

Cermin haruslah ditutup dengan rapi sebelum dicat.

DIY Grand Mirror

Proses mengecat mula dijalankan dengan menggunakan cat undercoat.

DIY Grand Mirror

Proses mengecat selesai dilakukan.

Cat yang digunakan adalah Nippon kod genteel.

DIY Grand Mirror

Akhirnya siap 100%.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk ubahsuai  rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.

Kredit : Haryati Kamal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down