Rumah yang cantik dan menarik adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga bahagian dalaman rumah serta keadaan persekitaraannya. Walaupun keadaan halaman rumah sebelum ini dipenuhi dengan semak samun dan hutan belantara, itu tidak bermakna ia perlu dibiarkan terbiar selama-lamanya.
Jika mahukan halaman rumah sentiasa kelihatan menarik, kita sebagai pemilik perlu hasilkan satu kelainan pada bahagian tersebut. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadiah Syed Nahar, beliau telah menghasilkan projek DIY halaman rumah yang dipenuhi semak samun lalu dijadikan taman berkelah mini.
Halaman rumah, jika digayakan dengan konsep yang menarik dengan melakukan deko berkonsepkan landskap, ia akan menimbulkan suasana yang ceria dan tenang tau.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjit, jom sama-sama ikuti di bawah ini.
Keadaan halaman rumah sebelum dan selepas. From a jungle to a sanctuary. Daripada hutan ke tempat yang rasa sangat tenang. Suka buat picnic dan minum tea dekat sini.
Keadaan halaman rumah semasa proses ubahsuai mula dijalankan.
Proses penanaman rumput filipina dilakukan.
Proses pemasangan rumput sudah hampir siap dipasang.
Pertumbuhan rumput ini mengambil masa lebih kurang 3,4 bulan untuk membesar dengan suburnya.
Dekorasi pada pokok kelapa ini dilakukan pada malam hari raya yang lepas. Ketika ini adalah untuk menaikkan semangat anak-anak sambut hari raya.
Dekorasi garden wall ketika ini baru sahaja dihasilkan.
Keadaan halaman rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep taman mini hadapan rumah.
Ketika ini mereka berkelah selepas hujan berhenti.
Ini adalah semasa makan tengah hari sambil menikmati pemandangan landskap halaman rumah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana yang memasang niat untuk melakukan dekorasi seperti ini.