DIY Kabinet Dapur Bajet Hasil Daripada Tengok Youtube

12,986 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak lakukan sebuah DIY kabinet dapur yang bajet ini memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi. Kalau yang dah berpengalaman sudah semestinya senang untuk melakukannya. Kepada sesiapa yang tiada pengalaman boleh tengok cara di Youtube macam yang dilakukan oleh Shahrul Ridzuan.

Beliau telah melakukan DIY kabinet dapur tersebut dengan hanya melihat video daripada Youtube sahaja termasuk dengan beberapa inspirasi daripada grup TAHI. Jom kita tengok perkongsian daripada Shahrul Ridzuan ini.

DIY Kabinet Dapur Bajet Dengan Hasil Menonton Daripada Youtube

Nak post jugak laa hasil D.I.Y yang jimat iaitu diy kabinet dapur bajet hasil belajar daripada youtube, grup TAHI dan lain-lain. Sebulan jugak nak siap ni. Ada free je buat sikit2. Biasa bukan full time keje ni.

Ni kita share bahan sikit2 semua order dari shopee. Yang kecik2 kita potong pakai mini circular saw jer. Hujung minggu potong pakai gergaji. Rumah aprtment rule tak leh buat bising hujung minggu.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Kabinet Dapur Bajet Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Kabinet Bajet Ini

Lakukan tiang kat bawah terlebih dahulu. Bagaimana saya lakukan tiang ni? Saya buat frame dulu siap2 dari luar baru masukkan bawah table top tu. Skru pula dengan paku jer. Kalau nak tambah tiang lepas dah masuk bawah table top

DIY Kabinet Dapur Bajet
DIY Kabinet Dapur Bajet

Tambah table top jadi U-shape sebab kontraktor hanya buat kabinet yang L-shape jer

DIY Kabinet Dapur Bajet

Ini laa dia pembantu juruukur 😁 kalau dia muat kira ok laa kot. Nanti dia ingat tempat tu tempat playground ke.

Mozek ada lebih tambahlah jadi U-shape. Tampal guna simen gam + X-bond. Kaji2 boleh guna simen atas plywood kot.

DIY Kabinet Dapur Bajet

Hasil lepas letak mozek bahagian penambahan.

DIY Kabinet Dapur Bajet

Pintu pula saya pakai sticker. Handle pula saya guna yang aluminium. Tak minat yang 3g nampak frame tebal. Nak buat macam 4g kan susah nak dapatkan bahan.

Hasil Akhir DIY Kabinet Dapur Bajet Ini

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga diy kabinet dapur saya ini. Walaupun hanya tengok daripada Youtube dan sedikit bantuan daripada TAHI, sangat berpuas hati dengan hasil saya ini.

DIY Kabinet Dapur Bajet

Sumber : Shahrul Ridzuan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down