DIY TV Bench Panjang 8 Kaki Sempena Projek PKP 3.0

2,064 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semenjak PKP 3.0 ini dilaksanakan, makin ramai rakyat Malaysia yang berkurung dirumah untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini. Tidak dinafikan sejak pkp ini, ramai yang melakukan projek DIY untuk mengisi masa lapang masing-masing.

Muhd Jais Abd Razak juga tidak terkecuali untuk melakukan projek DIY waktu pkp ini untuk mengisi lapang beliau. Beliau melakukan DIY TV bench yang telah lama diidamkan. Menurut beliau, nak beli yang siap namun mahal sangat jadi lebih baik sahaja DIY. Jimat dan mudah.

Dah Lama Mengidam, Lelaki Lakukan DIY TV Bench Sempena Projek PKP 3.0

Alhamdulillah, siap gak pojek suka suki TV bench ini. Uuran TV bench ni adalah 8 kaki panjang Sebab tu abam terfikir untuk DIY kan. Benda boleh buat, nape nak beli. Hahaha

Klau nak beli tv bench yang panjang macam ni, siap kan jer la duit beribu-ribu tu Dengan lafaz Bismillah, abam lukis-lukis sikit dan terus oder kayu untuk lakukan DIY. Tadaaaaa!!! Siap gak tv bench yang diidamkan.

Proses Melakukan DIY TV Bench Ini

Proses ini dilakukan dibawah langit yang mendung tatkala menghirup udara yang segar dibelakang rumah. Hehehe.

Proses mengerat kayu ataupun board pada bahagian luar. Table saw ini berjenama Bosch. Board dan juga table saw boleh dibeli dikedai atau juga online.

Licinkan papan permukaan board ini menggunakan sander jenama bosch ini.

DIY TV Bench

Selesai bahagian melicinkan kayu tersebut, beralih pula kepada proses memasang rangka bench ini. Proses ni paling mencabar kerana perlu mengukur panjang agar tidak lari daripada ukuran asal.

Dah nak malam, kita sambung pula malam ini nanti.

DIY TV Bench

Malam pun DIY ini teus bersambung sebab nak sangat benda ni siap. Tak sabar sangat nak guna ni. Hahahaha.

DIY TV Bench

Proses memasang pada bahagian belakang board tersebut. Gam kan dan biarkan sehinga kering.

DIY TV Bench

Ini pula beralih kepada proses memasang pintu hadapan rak ini.

DIY TV Bench

Pergi pula kepada proses memasang RGB Strip pada belakang rak tv tersebut. Berikut merupakan peralatan yang digunakan.

Jika anda ingin dapatkan rgb strip ini, saya dah sediakan link untuk anda membelinya.

Hasil Akhir DIY TV Bench

Inilah dia hasil akhir yang dilakukan sempena projek diy pkp ini.

Boleh lah tengok tv dengan family tersayang ramai-ramai bahagian ini

DIY TV Bench

Sumber : Muhd Jais Abd Razak

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down