DIY Kabinet Dapur Khas Untuk Individu Yang Berkerusi Roda

4,841 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau buat diy kabinet dapur ni semestinya ramai yang buat kabinet tersebut bersesuaian dengan ketinggian mereka kan? Kalau untuk sesorang yang dalam keadaan berkerusi roda macam mana? Penyelesaiannya ada pada perkongsian daripada Maria Ariana ini.

Maria Ariana kongsikan sebuah proses diy kabinet khas untuk seseorang yang berkerusi roda. Untuk orang kurang upaya juga mestilah hendak merasakan kabinet dapur yang cantikkan? DIY tersebut merupakan projek tukang daripada suaminya Maria sendiri.

Menurut daripada Maria juga, projek ini dilakukan secara diy adalah kerana bajet yang tidak besar dan semua diy ini juga ada tengok daripada youtube. Jadi, jom lihat bagaimana rupa dan hasil diy kabinet dapur khas yang dilakukan ini.

Projek DIY Kabinet Dapur Khas Yang Bersesuaian Dengan Individu Berkerusi Roda

Saja nak berkongsi dengan kawan² projek tukang dari suami saya. Dia buatkan kabinet dapur yang bersesuaian dengan saya yang berkerusi roda (wheelchair). Oleh sebab bajet kami tak besar so suami cubalah untuk buat sendiri. Setakat mana yang dia mampu buat, semua belajar dari youtube. Mungkin ada kesilapan tu harap kawan² boleh bagi tunjuk ajar

Bahan-Bahan Yang Perlu Untuk Melakukan DIY Kabinet Dapur Khas

  • Plywood 12mm
  • Besi
  • Paip Sinki
  • Milux Gas Stove
  • Sinki Dapur

Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Kabinet Dapur Khas

Untuk diy kabinet kayu ni, terlebih dahulu plywood yang dibeli tadi akan disambung agar menjadi panjang.

Setelah semua gam dah kering, beralih pula kepada proses seterusnya iaitu proses tebuk dinding untuk sinki dan dapur gas.

Sementara tu, rangka dapur pula telah pun di welding oleh encik suami.

DIY Kabinet Dapur Khas

Dah siap semuanya, tiba masanya untuk test samaada kabinet ni okay atau tak. Alhamdulillah, semuanya okay.

Rangka dah ngam. Apalagi, kita beralih pula kepada proses membuat drawer pula.

Akhirnya siap juga kabinet dapur baharu ni. Boleh dah masukkan pindahkan ke dapur.

Inilah dia bahagian dapur yang asal. Sekarang boleh dah ucapkan selamat tinggal pada dapur lama dan gantikan dengan kabinet yang baharu.

Bukan kabinet dapur jer yang baharu. Segala barang didalam dapur ni pun tukar baharu. Barulah nampak meriah.

DIY Kabinet Dapur Khas

Kredit : Maria Ariana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down