Indahnya kalau dapat sebuah kainet dapur yang cantik, kukuh dan besarkan? Setiap wanita yang selalu berada didapur sudah pastinya inginkan kabinet dapur sebegitu. Namun untuk memiliki kabinet dapur yang elegan ini, harganya juga sangatlah elegan dan mahal. Selain daripada membeli kabinet dapur yang dah siap, apa kata lakukan diy kabinet dapur.
Sebuah diy kabinet dapur yang dilakukan oleh Dauz Zeze ini adalah diperbuat 100% barangan daripada Shopee. Yang selebihnya dilakukan secara diri sendiri. Jom kita lihat senarai barangan yang digunakan dan langkah-langkah untuk melakukan kabinet dapur ini secara diy.
Alhamdulillah siap jugak kabinet dapur pkp 3.0 hehe. Semuanya buat sendiri dari design sampailah pada pemasangan. Dari sekecik-kecik barang macam skru smpai la papan melamine board ni pun semua beli dekat shopee. Bagi je ukuran & kuantiti papan yang kita nak pakai.
Zaman online ni semua main oder je. Nak kata senang sangat buat kabinet ni pun tak juga tapi yang penting kena rajin dan banyak bersabar. Tambah2 rumah yang ada anak kecik memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab semua kerja2 buat dekat ruang tamu haha. Semua belajar dari youtube dan google je.
Tapi alhamdulillah la ada jugak rupa kabinet dapur ni. Kos untuk buat kabinet ni total lebih kurang rm900++ la juga. Kos tu untuk buat 2 kabinet. Kabinet panjang size 210cm x 80cm & satu lg 80cm x 40cm nak letak atas peti ais. Kalau panggil org kabinet tak pasti harga market sekarang tapi bagi yang mana ada kewangan lebih & tak nak pening kepala upah je org. Yang mana nak try buat sendiri di setiap gambar ada simple tutorial & link shopee untuk beli brg.
Firstly, kena ada design. Buat design ikut panjang dan tinggi kabinet mengikut kesesuaian dapur sendiri. Lepastu kena kira ukuran papan dan barang2 nak pakai.
Ni contoh papan melamine siap laminate putih di semua sudut.
Papan dah smpai boleh la try susun-susun dulu macam main lego. Tengok ngam tak ukuran papan yang kita oder tu. Bagi yang nak pakai kabinet putih plane tanpa ada frame dekat pintu boleh terus skru body dan pasang handle kabinet. Mudah dan jimat masa tak perlu banyak kerja.
Bagi yang nak pintu kabinet ada frame kena la buat kerja lebih sikit. Guna papan mdf batten wall size 2 inci tebal 9mm. Potong mengikut ukuran pintu. Sapu gam kemudian paku. Ada gap antara batten wall tu tutup guna wood filler dan gosok dengan kertas pasir bagi rata.
Dah siap skru semua boleh la start wrapping. macam-macam design dan kaler wrapping ada jual dkt shopee.
Ni hasil pintu yang dah siap buat frame dan wrapping. Nak hasil yang kemas dekat setiap bucu sudut dalam frame tu guna dryer untuk panaskan wallpaper tu sambil tekan.
Bila pintu dah siap boleh la tebuk lubang hinge. bahasa melayu kita panggil engsel pintu. secara asasnya hinge ni ada 3 jenis.full close, half overlay & insert. Pakai ikut kesesuaian design kabinet kita. Full close pakai untuk pintu yang berada di tepi atau pada tiang kabinet yang tidak berkongsi.
Untuk tutup belakang kabinet tu just guna papan playwood je. Yang ni playwood tebal 3mm size 4ft x 8ft dijual pada harga rm28 sekeping.
Kemudian pasang handle pada pintu. Pelbagai jenis & bentuk handle ada jual dkt shopee. Yang macam ni rm6.43 seunit oder dari china.
Last sekali pasang lampu LED dalam kabinet dan juga hydraulic support utk pintu yang bukak ke atas.
Alhamdulillah, siap juga diy kabinet dapur yang dilakukan ini. Walaupun banyak kerja perlu dilakukan namun tetap berpuas hati kerana ia merupakan hasil diri sendiri. Semoga ini dapat menjadi inspirasi untuk anda semua.
Sumber : Dauz Zeze