DIY Katil Kayu 2 Tingkat Berserta Gelongsor Dan Laci Sembunyi

3,394 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada keluarga yang masih mempunyai anak kecil dan inginkan sebuah katil "Bunk Bed" untuk bilik tidur anak boleh tengok bagaimana Lukman Awaluddin melakukan katil DIY ini. Beliau berkongsikan bagaimana beliau dan rakannya melakukan sebuah katil DIY katil kayu 2 tingkat yang complete dipanggil sebagai "Bunk Bed".

Katil "Bunk Bed" tersebut mempunyai laci tersembunyi, meja untuk belajar yang paling best ialah ia juga mempunyai sebuah gelongsor ditepi. Sesuai untuk anak-anak yang selalu sukakan gelongsor. Jadi, tak payah pergi ke taman permainan dah. Main dalam bilik tidur jer.

Lukman Awaluddin berkongsikan cara-cara untuk DIY melakukan katil kayu 2 tingkat ini didalam Facebook beliau. Perkongsian tersebut disertakan dengan penerangan pada setiap gambar. Jom kita tengok perkongsian yang dilakukan oleh beliau.

Lelaki Kongsikan Cara Untuk DIY Katil Kayu 2 Tingkat Berserta Gelongsor & Laci Tersembunyi

Hari ini tukang bunk bed yang bergelongsor. Puas hati bila dapat siapkan bunk bed ni. Bunk bed ni adalah bunk bed paling complete kami pernah buat :

- ada sliding (gelongsor)

- ada tangga yang jadi drawer untuk storage

- ada 2 meja belajar- ada lighting untuk meja belajar

- ada electrical plug untuk charge laptop di meja study

- ada 2 drawer yang saangat besar di bawah katil

- ada long item storage di tangga paling bawah

- untuk katil queen dan single

- tulang untuk tilam extra kuat sebab kids akan lari2 macam di playground

Proses  Membuat "Bunk Bed" 2 Tingkat

DIY Katil Kayu

Benda yang besar tu bermula dengan sekeding ini.

Letak dulu kayu ni untuk imagine slide tu macam mana. Bawa mimpi dulu.

DIY Katil Kayu

Part ni leceh. Satu demi satu kayu nak susun.

DIY Katil Kayu

Part tulang belulang siap. Waktu ni bed ni pun semakin kukuh.

Proses buat slide. Kita pakai 2x4 as main frame.

DIY Katil Kayu

Sementara mimpi kita siapkan drawer dulu. Design ni bagus sebab kita x bazirkan space.

DIY Katil Kayu

Haaaa cenggini haaa. Kecerunan gelongsor yang fun adalah dari 30 ke 40 darjah. Kami buat 30. Kita letak HPL supaya licin sikit.

Pufff. Part tangga pun tiba2 siap. Magic.

DIY Katil Kayu

Dead space di kiri ni kami buatkan terus meja belajar.

Testing dengan bentuk2 supaya bunk bed ni nampak hepi sikit.

DIY Katil Kayu

Hasil Akhir DIY Katil Kayu "Bunk Bed" 2 Tingkat

Tadaaa!!! Ini lah dia hasil akhir diy yang dilakukan oleh kami. Syukur, anak2 client happy betul dengan bunk bed ni.

Ini part atas. Buat extra sikit tulang2 supaya kuat. Tempat ni akan jadi playground lepasni haha.

DIY Katil Kayu
DIY Katil Kayu

Upacara perasmian oleh kami. Hehehehe.

Kami perlu lebih 2 minggu dan 3 artisan untuk siapkan katil ni. Bunk bed ni dinamakan OINOD, pinjaman bahasa Kadazan yang bermaksud Sturdy. Diambil sempena anak lelaki client kami ni.

Ps- sila take note kami based di Kota Kinabalu, Sabah. Tak dapat lah nak shipping barang segedabak ni ke Semenanjung. Kalau nak order juga kena shipping artisan2 kami lah gamaknya.

Sumber : Lukman Awaluddin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down