Cara Mudah Pasang Cornice Bilik Tidur Bermodalkan Bawah RM100

14,385 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, aktiviti DIY sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita tidak kira peringkat usia. Hal ini kerana, dengan melakukannya secara DIY, ia lebih menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan berbanding dari mengupah orang.

Disebabkan itu, lelaki ini yang bernama Muzaffar Masor telah melakukan secara sendiri sahaja pada bahagian bilik tidur rumahnya. Beliau juga sempat berkongsi cara pemasangan cornice tersebut dengan hanya bermodalkan bawah RM100 sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti projek diy yang sangat mudah dan menarik ini.

Cara Mudah Pasang Cornice Bilik Tidur

Kos 11 keping cornice berharga RM66. Simen compound RM22.

Total RM88. Murah kan?

Ini adalah barangan yang dibeli dan semuanya dimuatkan di dalam kereta sahaja lalu dibawa pulang.

Pasang Cornice

Bahagian dinding bilik sebelum dipasang cornice.

Pasang Cornice
diy cornice

Langkah Pemasangan Cornice:

Cornice sudah mula dipasang. Kali ini marking dahulu line dengan meletakkan 2 paku untuk memudahkan apabila buat kerja seorang diri.

Nasihat dan cara sebegini adalah diberi dari orang yang lebih pakar. Memang sangat memudahkan kerana tak perlu tongkat. Buat seorang diri pun boleh.

diy cornice

Untuk langkah keselamatan, dengan menggunakan inisiatif sendiri. Cornice tersebut diskru. Ia sebagai langkah berjaga-jaga risau kalau cornice jatuh atas muka semasa tidur.

Pasang Cornice

Langkah pertama, drill dahulu lubang. Jika ada yang risau juga cornice jatuh kalau DIY sendiri, mungkin cara ini dapat menambahkan sedikit keyakinan. Kalau tak mahu buat pun tak apa, kalau yakin cornice itu kuat.

Pasang Cornice

Cara Drill Cornice:

Pastikan cornice yang dipasang betul-betul kering simen compound. Semasa melakukan drill cornice, cari tempat yang sesuai untuk drill. Guna drill biasa duhulu. Jangan guna hammer drill, nanti berkecai cornice itu.

Pasang Cornice

Tebuk dinding bahagian belakang cornice.

Pasang Cornice

Masukkan skru ke wall plug. Masuk skru sedikit sahaja. Panjang skru cari yang sesuai. Untuk cornice seperti yang dilakukan ini. 1.5 inci pun sudah cukup.

Pasang Cornice

Masukkan simen compound yang telah dibancuh ke dalam lubang. Sumbat sahaja pakai jari.

Pasang Cornice

Ambil wall plug dengan skru tadi yang telah dimasukkan dan ketuk pakai hammer perlahan-lahan.

Pasang Cornice

Gambar yang telah dimasukkan wall plug dan skru.

Pasang Cornice

Sumbat lagi simen compound sikit lagi di celah-celah lubang tepi skru. Ketatkan skru. Masuk sehingga terbenam kepala skru di dalam cornice. Jangan benam terlalu dalam. Cukup sekadar kepala skru masih memegang cornice.

Pasang Cornice

Tutup bahagian kepala skru dengan simen compound. Selepas itu buat kemasan guna puttyfiller.

Pasang Cornice

Skru telah selesai dilindung oleh cornice compound.

diy cornice

Hasil yang telah siap. Kepala skru sudah tidak lagi kelihatan. Ianya boleh diskru seberapa banyak bahagian cornice agar tidak jatuh dalam jangka masa yang lama. Namun, pastikan sekurang-kurangnya 3 skru sudah memadai.

Pasang Cornice

Rupa bilik tidur ini setelah selesai dipasang cornice.

Pasang Cornice

Untuk bahagian bilik ini hanya pakai 11 keping cornice sahaja. Kos cukup rendah dan jimat iaitu RM88. Sangat murah kalau buat sendiri.

Pasang Cornice

Kerja DIY ini boleh dikatakan kerja yang paling seronok dan menarik. Lagi-lagi buat kerja dalam keadaan tenang di bawah aircond. Katil pula dekat sahaja, kalau mengantuk, boleh baring terus. Namun, projek DIY paling lama adalah semasa pasang cornice pada bahagian bilik ini.

Pasang Cornice
Pasang Cornice

Inilah cara untuk melakukan projek DIY simple bukan hasil dari tukang pro. Memang kelihatan kurang sempurna kerana bukan kerja harian kita. Kalau rasa yakin nak buat, boleh teruskan sebab itu rumah kita. Apa yang akan jadi kita yang tanggung. Apa yang penting berani mencuba.

diy cornice

Cantik, kan? Jimat pulak tu kalau DIY sendiri. Sangat menarik cara beliau membuat cornice tersebut. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down