DIY Kayu Langsir Simple Bermodalkan Hanya RM30 Sahaja

11,851 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak buat langsir baharu namun tiada kayu langsir pula? Nak beli online tetapi tiada saiz khas dan tiada yang jual kayu langsir sahaja. Jadi, apa kata anda lakukan sahaja DIY kayu langsir di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai.

Seorang wanita yang bernama Nurul Amira ini telah menyatakan bahawa beliau melakukan sebuah DIY kayu langsir untuk diletakkan di rumah beliau. Yang paling penting lagi adalah beliau melakukannya dengan hanya bermodalkan RM30 sahaja.

Macam tak percaya sahaja, kan? Namun, perkongsian daripada Nurul Amira ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dan kenapa ia bermodalkan RM30 sahaja.

Proses DIY Membuat Kayu Langsir Yang Simple Dengan Bermodalkan RM30 Sahaja

Part 3

[ DIY KAYU LANGSIR]

Modal bawah rm30

Balik keje, terus kikis dinding. Malam, pasang langsir. Dari potong kayu, spray, tebuk dinding, panjat, semua buat sendiri. Dia punya xcited, tak sempat nak makan langsung.

Proses Dalam Melakukan DIY Kayu Langsir Ini

1) Kayu mop tak jumpa yang panjang. So kita masukkan dalam paip pvc bia kukuh sikit. Kita guna 2 suku batang kayu mop.

2) Spray warna yang korang nak.

3) Cari bola mainan anak dalam stor (puas pike nak guna apa tok tombol kayu tu) tebuk then spray.

4) Beli besi tu kat kedai hardware. Ni pun kbat gak. Puas pikir macam mana nak jadikan dia penyambung kayu tu.

5) Guna cawan plastik/ kertas / gulungan tisu dapur untuk jadikan pelipat langsir tu cantik beralun.

6) Siap.

DIY Kayu Langsir

Langkah-Langkah Dalam Melakukan DIY Kayu Langsir Ini

Kayu mop tak jumpa yang panjang. So kite masukkan dalam paip pvc biar kukuh sikit. Guna 2 suku batang kayu mop. Pastu spray la ikut warna yang korang nak.

DIY Kayu Langsir

Cari bola mainan anak dalam stor (puas pikir nak guna apa untuk tombol kayu tu) tebuk then spray.

Cari mende alah ni kat kedai hardware. Ni pun kbat gak. Puas fikir macam mana nak jadikan dia penyambung kayu tu.

Ni nak senang, cari sesiku L kat eco. Da siap, tinggal pasang. Siap ada kerawang lagi.

DIY Kayu Langsir

Ni la rupa dia.

Guna cawan plastik/ kertas / gulungan tisu dapur untuk jadikan pelipat langsir tu cantik beralun. Letak kat belakang.

Tadaaaaa. Tenaga perempuan kan. Tu rasa nak pitam walaupun sikit je ni.

Lom siap lagi ni. Nak wat wainscoting warna biru bawah tu.

DIY Kayu Langsir

Sumber : Nurul Amira

Kreatif betul kan cara beliau DIY kayu langsir supaya langsir nampak beralun, kemas dan cantik macam tu! Semoga perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down