Benda boleh DIY, buat apa nak beli mahal-mahal kan, lagipun benda yang elok agak sayang untuk kita buang macam tu je. Idea yang kreatif dan inovatif oleh akak ini sememangnya kita tidak boleh tandingi. Percaya tak kalau min bagitau yang akak ni buat DIY kerusi mini hanya menggunakan tong cat yang kosong sahaja tau.
Nak tahu tak macam mana cara nak ikut idea kreatif dari akak ni ? Jom kita sama-sama kita ikuti perkongsian daripada akak Mastura Mohd Yusoff  ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..Selalu nya bila lepas mengecat rumah, mesti ada banyak tong cat kosong kan... nak buang sayang la plak..apa kata kita buat stool...kat sini sy ada tunjuk kan step by step cam mna nak membuat nya...bleh la cuba ye.
1. Tong cat kosong.
2. Kayu 3 keping.
3. Skru .
4. Span.
5. Sarung kerusi( akak ni hanya jahit sarung kerusi mini tersebut).
1. Sedia kan tong cat kosong. Buang penutup dan tangkai.
2. Letak kan kayu dalam tong cat dan skru bahagian tepi tong cat itu.
3. Saya skru pada bahagian yang bertanda.
4. Lekatkan span pada bahagian tepi tong cat(ini baru lapisan pertama).
5. Yang ni pulak lapisan kedua span. Untuk tempat duduk, potong kan span bentuk bulat dekat tempat yang bertanda dan di gam kan.
6. Bila dah siap pasang span keliling tong cat..boleh la dibuat sarung nya..bahagian bawah sarung nya tu lipat ke dalam tong kemudian stapler.
Tadaa, dah siap pun projek DIY kerusi mini akak ni. Cantik kan cara kreatif yang akak ni buat.
Semoga dengan perkongsian artikel ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Mastura Mohd Yusoff