Cara DIY Vanity Storage Jar Hanya Guna Botol Terpakai

463 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kembali lagi kita pada perkongsian oleh Akak DIY atau dikenali sebagai Akak super duper kreatif ni. Siapa sangka dari botol kaca kosong yang tiada rupa pun tetapi tetap boleh untuk dibuat DIY oleh Akak ini. Perkongsian ini adalah mengenai cara diy vanity storage jar hanya guna botol terpakai.

Akak yang dimaksudkan oleh min siapa lagi kalau bukan akak Norpadilah Binti Afandi. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam bidang DIY ini kerana sering kali kita lihat idea nya yang tak terpikir untuk kita melakukan projek yang terlalu kreatif.

Siapa sangka daripada botol kaca yang kosong saja telah mampu untuk dilakukan transformasi membentuk Vanity Storage Jar yang membolehkan kita menyimpan pelbagai jenis barangan di dalam botol tersebut.

Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara DIY Vanity Storage Jar :

DIY simple botol simpanan pelbagai barangan, khasnya untuk vanity area. Orang perempuan je biasanya paham apa yg kritikal sangat nk disimpan ke situ. Antara diy untuk Projek Makeover 'Kongsi Bahagia dari 'dumpster' yang masih dalam progress. Hanya dua bahan asas yg diguna iaitu bahan terpakai saja

Bahan-bahan Yang Diperlukan :

1. Botol kaca.

2. Penutup botol kaca.

3. Tombol pintu kabinet terpakai.

4. Spray paint.

5. Hotglue gun.

6. Stencil dan pen marker Sharpie.

Cara-cara Melakukan Diy Ini :

1. Lekatkan tombol pada penutup botol guna hot glue.

2. Spray warna pilihan guna spraypaint. Kita guna jenama ni.

3. Spray botol guna spraypaint.

4. Tuliskan quote guna stencil dan pen marker Sharpie.

5. Lekatkan botol dengan penutup guna hotglue.

6. Tadaaa dah siap. Mudah je kan nak buat DIY ni.

7. Sesuai buat penyimpanan kerongsang, cotton bud dan macam-macam lagi di vanity area. Kalau nak lagi cantik, anda boleh jadikan botol ini sebagai tempat perhiasan di ruang tamu anda.

Sekiranya ada lagi tips DIY yang dikongsikan oleh akak Norpadilah ini, min akan kongsikan kepada anda supaya dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca untuk lebih bersemangat melakukan aktiviti ini bersama keluarga.

Itu saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Kredit : Norpadilah Binti Afandi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down