DIY Laman Tepi Rumah Yang Cantik Dengan Rumput Karpet

5,616 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Keindahan dan juga kecantikkan pada bahagian tepi rumah ini adalah sangat penting. Apabila bahagian ini cantik, rumah juga automatik akan kelihatan cantik. Tetamu yang datang juga pasti akan puji ke langit terhadap keindahan dekorasi rumah anda.

Anda tidak perlu pun mengupah orang untuk diy bahagian laman tepi rumah anda. Cukup anda seorang sahaja. Namun, ia memerlukan kesabaran dan kerajinan seperti yang dilakukan oleh Asyraf Zakaria. Beliau kongsikan proses dan hasil akhir diy laman tepi rumah beliau. Jom kita tengok hasilnya.

Projek DIY Laman Tepi Rumah Yang Cantik Menggunakan Rumput Karpet

Nak kongsikan sebuah projek diy pada bahagian halaman rumah yang memakan masa hampir sebulan. Dengan menggunakan rumput karpet dan kayu shera plank yang ada corak urat.

Keluasan pada kawasan ini adalah 80 ft x 6.5 ft. Semoga menjadi inspirasi terhadap sesiapa yang melihat hasil diy saya ini.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Proses Melakukan DIY Laman Tepi Rumah Ini

Proses ini dilakukan dengan meratakan tanah pada bahagian laman tepi rumah ini untuk proses pemasangan rumput karpet.

DIY laman tepi rumah

Selepas itu, letakkan kayu shera plank mengikut posisi macam dalam gambar ini. Pastikan kedudukan kayu tersebut rapat dan kemas agar tidak mudah tercabut.

Selepas itu, catkan pagar shera plank tersebut dengan cat sancora yang dibeli. Warna yang dipilih adalah hitam kerana hitam itu menawan.

DIY laman tepi rumah

Letakkan weedmat atas tanah dan seterusnya taburkan pasir pula pada bahagian tanah tersebut. Selepas itu, siap sedia untuk meletakkan rumput karpet atasnya.

DIY laman tepi rumah

Tadaaaa! Inilah dia hasil DIY bahagian laman tepi rumah yang dilakukan ini. Untuk batu pula saya letakkan di dalam longkang untuk tujuan air serap masuk ke longkang besar.

DIY laman tepi rumah

Sumber : Asyraf Zakaria

Ia bukan sahaja nampak cantik malah nampak lebih kemas dan menarik. Anda juga boleh letak pasu-pasu bunga dan juga hiasan lain. Kalau ada anak, boleh la letak gelongsor atau mainan untuk dia bermain di luar rumah. Mesti syok kan?

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down