DIY Lampu Gantung Kayu Cantik Untuk Bahagian Ruang Makan

2,053 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tengok tak setiap kalu pergi ke sesetengah kedai makan ni ada satu lampu gantung kayu yang cantik diletakkan pada ruangan khas? Mesti ada diantara kita yang berkenan ingin lampu sebegitu diletakkan pada ruang makan rumah kan?

Anda semua boleh melakukan DIY lampu gantung kayu tersebut dengan mudah sahaja. Melalui perkongsian daripada Farah Syuhada ini akan mengajar anda semua bagaimana untuk melakukan sebuah projek diy lampu gantung ini.

Daripada bahan-bahan yang diperlukan sehinggalah langkah-langkah untuk melakukan diy ini akan dikongsikan untuk anda semua. Jadi, kepada anda semua yang ada impian untuk lampu gantung akan tercapai juga akhirnya.

Tutorial Cara Untuk Melakukan DIY Lampu Gantung Kayu Pada Bahagian Ruang Makan

Assalam dan salam sejahtera Hari ni saya nk share DIY lampu deko (anak saya kabo mcm lampu kedai makan) menggunakan kayu pallet.

Kalau takde kayu boleh je fikirkan idea lain contohnya cari idea kat pinterest. Semuanya berlambak deko lampu sebegini disana.

- Kayu pallet pine yang bersesuaian. Saya pakai pine sebab dia lembut dan ringan. Jadi mudah nak dikerjakan.

- Lampu hiasan. Tak kisah lampu apa pun. Ikut idea dan kreativiti ang pa

- Cable wire, klip dan penyangkut (hook)4. Joint blok (utk joint kan wayar)

Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan Untuk DIY Lampu Gantung Kayu Ini

Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Lampu Gantung Ini

Kayu ni lama dah simpan. Yang saya guna ni dah terdedah pada hujan. Saya tak rajin (malas) nak cat jadi jalan mudah saya bakar je.

Warna kayu selepas ianya dibakar dan digosok.

Disebabkan ada 3 lampu jadi dengan menggunakan measuring tape saya amik 3 ukuran.

1. Satu di tengah2 bahagian

2. Lagi dua saya amik lebih kurang 5 ke 6 inci dari setiap pangkal/hujung kayu

Drill lubang utk masuk kan wayar. Utk mudah kerja Drill bit jangan lebih besar dari wayar tu supaya nmpk kemas dan lampuntak mudah utk melurut ke bawah

Yang ni ikut korang semua nak susun panjang mana lampu tu.

DIY Lampu Gantung Kayu

Ni material yang saya gunakan untuk gantung kayu tu tadi.

Saya double kan cable tu dan clip kan supaya gantungan kayu tu nanti betul2 kukuh. Ikat pakai plier je.

Wayar atas kayu tu saya stapler kan supaya kemas. Kalau tak ade stapler pakai paku kecik dan bengkokkan je pun boleh. Janji cable tu kemas.

DIY Lampu Gantung Kayu

Saya joint kan semua wayar guna joint blok. Untuk lampu yang tengah tu saya jerut sedikit menggunakan cable tie supaya ia tak melurut ke bawah bila tergantung.

Kemudian dengan kaedah yang sama masa tebuk lubang untuk masuk wayar lampu tadi, pasang hook/penyangkut pada kedua2 hujung kayu tadi.

Amik ukuran jarak antara kedua2 hook tu supaya mudah kita nak pasang hook pada siling pulak.

Hiasan atas tu lebih kepada menutup sambungan dan wayar je.

DIY Lampu Gantung Kayu

Alhamdulillah, siap juga akhirnya diy lampu gantung kayu ni. Simple-simple jer diy ini yang penting hasil tu puas hati.

DIY Lampu Gantung Kayu

Kredit : Mohd Erfan Daud

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down