Ramai dikalangan pemilik rumah cukup pening dalam memilih konsep dan cara bagaimana mahu memastikan lantai rumah yang lusuh kelihatan cantik.
Sebenarnya, lantai cukup memainkan peranan bagi menjadikan rumah akan kekal kelihatan cantik dan berseri. Jika hanya tekankan dekorasi pada rumah tetapi bahagian lantai abaikan, pasti rumah agak kurang berseri.
Jadi, pemilik rumah ini yang bernama DanialDannia Assone memilih untuk menghasilkan projek DIY pada bahagian lantai lusuh supaya kelihatan lebih menarik dan berseri.
Jadi, jom kita ikuti perkongsian ubahsuai lantai rumah ini.
Saja nak sharing dekat sini. Nak pakai mozek, belum ada rezeki. Pakai tikar getah 2 tahun dah koyak rabak, Fikir punya fikir, nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar pulak. Letih nak angkut perabot.
 2 pilihan dalam fikiran. Nak pakai lantai vinyl atau cat epoxy? Fikir punya fikir lagi. Kami laki bini bercadang mahu mencuba epoxy paint duhulu. Sebab nampak lawa. Bersinar macam mozek dan bila selesai rasa berbaloi jugak la buat. Dengan kos rm300+ dapat ruang tv. Ruang tamu dan Ruang dapur. Memang cantik. Nak tengok ketahanan dia macam mana. Menggelupas atau tidak. Kita tengok nanti. Tapi setakat ini memang rasa puas hati.
Kod cat epoxy yang digunakan adalah ivory.
Sebelum mengecat, sapu biar bersih dan pastikan lantai betul-betul kering terlebih dahulu.
Lantai rumah selepas kering. Beliau mengecat pada waktu pagi, Setelah malam barulah mereka boleh masuk rumah. Namun, perabot belum boleh dibawa masuk lagi kena tunggu 24 jam paling kurang kerena perlu pastikan cat betul-betul kering.
Keadaan lantai rumah setelah perabot rumah selesai dimasukkan kembali.
Ruang dapur kena rajin mop sebab lantai color cerah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu dalam mencari idea dan inspirasi untuk jadikan rumah kelihatan ceria semua.
Semoga bermanfaat.