DIY Loteng Bajet Untuk Bilik Sempit Bermodalkan RM800

1,962 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk melakukan proses pemasangan diy loteng bajet ini memerlukan sebuah keluasan bilik yang sempit dan juga kerajinan yang tinggi. Ia tidaklah susah sangat dan memerlukan beberapa bahan utama untuk melakukannya antaranya ialah besi c, sleeve anchor wall plug dan plywood.

Memetik perkongsian daripada Ain Julia Qaisara ini, beliau berkongsikan bagaimana untuk melakukan diy loteng bajet ini untuk bilik anak bujang berusia 7 tahun. Keseluruhan modal untuk melakukan loteng ini adalah dalam RM800. Sememangnya sangat bajet kepada mereka yang inginkan loteng namun pada harga yang bajet.

DIY Loteng Bajet Untuk Bilik Yang Sempit Bermodalkan RM800 Sahaja

Assalam warga Tukang. Saja nak share projek PKP3. Mana tau boleh bagi idea pada yang berminat nak buat loteng harga bajet2. Masih belum siap sepenuhnya lagi ni, nak pasang vinyl , cat besi dan hias sikit2 utk bilik ank bujang 7 tahun.

Keluasan bilik adalah 8x8. Perlukan sedikit kepakaran, kerajinan dan ketekunan untuk melakukan loteng diy ini. Total habis untuk melakukan loteng ini adalah RM800. Sangat murah dan bajet.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses Melakukan DIY Loteng Untuk Bilik Yang Sempit

Anak tekun mengosongkan bilik ini untuk melakukan projek diy ini.

DIY Loteng Bajet

Bilik ini asalnya bilik stor.

Proses pemasangan besi C untuk dilakukan sebagai rangka.

DIY Loteng Bajet
DIY Loteng Bajet

Untuk proses pemasangan ni saya menggunakan skru dan juga rivert bukannya welding seperti yang anda nampak.

Seterusnya, kita beralih kepada proses membuat tangga pula.

Lukis dahulu pelan tangga. Tak nak bagi lari daripada landasan.

DIY Loteng Bajet
DIY Loteng Bajet

Alhamdulillah, siap juga proses pemasangan tangga ini.

DIY Loteng Bajet

Jom kita tengok bilik anak berusia 7 tahun ini.

Tangga ni masih belum siap sebab tak cat lagi. Nanti ada masa kita cat agar nampak cantik.

DIY Loteng Bajet

Hasil Akhir Projek DIY Loteng Bajet

Tadaaaaa! Akhirnya, siap juga loteng ini. Ini adalah tempat anak saya berusia 7 tahun untuk tidur dan berehat.

DIY Loteng Bajet

Sumber : Ain Julia Qaisara

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down